Monday, August 18, 2014

Nasi vanggey Ipoh

As salam.

Tadi sambil dok sibuk nak transfer files ke laptop sebab folder phone dah makin penuh, tiba tiba nampak gambar nasi vanggey yang kami singgah makan masa balik raya haritu.
Selalunya kami jenis suka menyinggah kalau otw balik dari utara.macam haritu otw nak balik key ell dari perlis, kami singgah makan tandoori sedap kat penang.dulu masa eryna tak lahir lagi, selamba masuk penang pekena nasi kandaq tengah pagi buta pastu baru gerak balik.merasa la makan nasi kandaq sambil pejam mata.abis kalau pukul 3 pagi makan,tak ke macam sahur jadiknya.

Btw, dah lama dok dengar nasi vanggey ni.macam memanggil nak try.so,ok lah kita kena singgah la since bukan la jauh sangat pun dari tol ipoh tu.kan raya haritu kami balik hari isnin ,so memang tak jem sebab semua orang dah balik kerja semula.kami ja best cuti sampai 11 hari :).

Dari tol ipoh tu adalah dalam 15 mins kalau tak sesat.hahaha.macam kami bukan sesat ,tapi terlepas simpang so kena u turn jauh sikittt la.nasi vanggey ni ada banyak,yang ori depa kata yang sekali dengan restoren cina Yong Suan tu.kami p yang dekat Greentown.dapat la tengok bandaraya ipoh.terasa sangat bandar diraja tu as along the way kan ada istana.nama jalan pun semua kerabat diraja.


Besar and selesa.kitaorg parking dekat tmpt area shop lots tu.pastu kena saman dengan majlis perbandaran ipoh.hahahaha.mana la kami tau kena bayar parking sebab takdak mesin tu.rupanya kena beli tiket.sabaq je la.padahal park tak sampai 30 mins.tak pasal2 p bayaq saman RM20 kat MPI.malas nak bertangguh.konon kalau bayar awal dapat murah la RM20 tu.pastu suruh en asben merayu sikit,dapat la diskon RM15.patut aku je p merayu kot dapat free terus.ngehehehe.



Saya punya nasi vanggey.beza dengan nasi kandaq adalah dia ada sambal.punya la pedas..isk..terbakar lidah dah la panasss.masaelahnya, sambal tu rasa pedas je lebih.tak feel.


Adik saya punya,dia amik nasi breyani kot.boleh la dia cakap.


Budak ni takmau makan.main je lebih.minum air last last tumpah.pffftfttftff.....


Kesimpulan biasa jer.tak kena selera ku.way much better nasi kandaq penang la.maybe kata beza ,tak sama but still biasa jer.tak repeat pun ok.macam nasi kat atas ni ,nasi kandaq zainol branch kat petaling jaya.belakang hilton tu.ni memang thorbaikkk.beli masa bulan puasa haritu.dia punya kari ,perghhhh sedap menangis.ayam goreng lupa nak snap.and minus sambal petai tu beli kat pasar ramadhan.

Eh,nasi royale kat ampang pun sedap.lagi ,banana leaf Nirwana pun sedap.itu kan beza kan.so terbukti nasi vanggey ni bukanlah pilihan ku.teh ais pun tak kaw.sekian.




2 comments:

eynda said...

Nirwana dah pegi...sedap! Zainol belum...royale belum... masuk dlm list nanti hehe...

FadlinaMokhtar said...

Kak eynda kena try royale and zainol.baru berbaloi utagha kita.hehehhe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...