Wednesday, August 6, 2014

Cerita raya 2014 kami

As salam.

Sana sini orang sibuk cerita raya.sama la aku taknak ketinggalan.padahal lama tak berupdate.
Kejap jer dah raya kan.Alhamdulillah, dapat 24 juzuk,lepas tu terstop plak terus cuti sampai raya.
Ni tengah usaha bagi khatam juga bulan syawal ni.
Insya allah nak start puasa 6 jugak ni.eh,tapi wajib ganti puasa wajib dulu kan.aku pun tak sure banyak sangat hujah2 ,ada yang kata boleh sekalikan ,ada kata tak boleh.hmmm.

Kami balik kampung malam khamis.awal kan.takmau stranded dalam jem la katakan.
Dengar dengar,kalau balik Jumaat pun dah start jem,jadi ,being a kiasu couple,kami pun sepakat balik khamis malam.
Plan tu pukul 10 malam nak gerak,sekali asben still kat the curve cari baju raya ,last last nak dekat pukul 12 malam baru gerak.nasib ada baju raya,kalau tak memang nak kena suntut lambat betui balik. T_T.

Since kami both pun sama perlis,rumah ada la dalam 15 mins jarak,so Jumaat pagi tu sampai,lepak umah mak dulu.petang baru p umah mentua berbuka kat sana.
Tahun ni raya umah my parents ,so buka puasa 2 kali kat umah mentua ,ahad petang balik rumah mak.
Balik balik rumah tengok dah siap masak lontong.lega la takyah tolong.kihkih.
Kalau lontong dimasak, itu petanda ,kakak sulung aka kakcik balik la.

Tapi,kat rumah mentua pun kena tolong gak.sebab asben kan semua adik beradik lelaki.
Yang baru kahwin 3 orang.lagi 2 single.sapa nak boleh tinggal resume.tapi,sorang je la sebab yang sorang lagi tu tengah study.
So,hari ahad tu ,ai dengan beras ku pun tolong la sikit2.tengok mentua dah siap potong daging.tanya mak,dia kata nak buat rendang ayam,rendang daging,ketupat palas wajib tiap2 tahun & tambahan laksa.

Pastu,mak suruh buat kek.so,buat la kami sorang sebijik kek.sebijik kek marble ,sebijik kek buah.sebijik lagi tak jadi sebab beras letak tepung kurang.kehkeh.
Ni sebab baru nak buat je ada gangguan.abis,anak2 memasing asyik menjerit menangis jer.
Buat kek tinggal tinggal memang masuk angin la jawabnya.
Kek tu jadik ,tapi turun sikit,mula2 gebu pastu gebas. T_T.


Dengan mak ayah.tahun ni semua ada beraya,so haruslah ambik gambar banyak banyak.
Eryna tu hilang fokus entah dok tengok apa la tu.
Baju ni recycle buat masa kenduri adik ipar haritu.


Kami 6 beradik.agak2 mana la adik beradik,yang mana ipar.hehehehe.
Yang baju melayu kat depan tu anak sedara ,dah macam anak sendiri pulak sebab sama tema.hehe.

Lepas bergambar, salam terus makan & siap siap nak keluar.
Sekali mak ngah yang dok sebelah rumah mai.anak dia pun ada 6 jugak.riuh la family kami.

Then,terus kuar beraya rumah sedara mak.area area situ jugak.
Sempat la 3 rumah, lepas tu ajak depa semua beraya rumah mentua aku pulak.
Kiranya lepas beraya rumah mentua ,terus la separate buat hal masing.
Aku pulak,dah alang2 kat sini,beraya dekat2 situ jugak.
Petang tu ada reunion kawan sekolah.rumah dia pun dah dekat.


Reunion spm tahun 1998.
Aku ni lagi rapat dengan kawan sekolah dari kawan uni.
Kat u ,ada few frens ja yang aku betul2 close.
Yang ni memang partner in crime.tak pernah miss jumpa time raya.
Kadang kadang tak raya pun jumpa jugak.


Time nak balik dah ni.eryna masa ni entah mana pergi.hahaha..mama sibuk nak bergambar katanya.masing masing dengan anak kilik kiri kanan.

Habis beraya,balik semula rumah mak ayah ku.
Begitulah kalau kampung dekat2 ,kejap mai sini,kejap mai sana.
Raya ketiga baru balik rumah mentua semula.
Patutnya raya kedua dah balik,tapi sebab malam raya kedua tu paksu ada buat tahlil & house warming dekat kedah so tak jadik balik sana.
Boleh ja nak terus p rumah mentua lepas balik dari kedah, tapi saja malas.haha.

Itu jelah cerita nya.
Nanti up entry pasal besday eryna pulak :).




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...