Wednesday, July 16, 2014

Selamat hari lahir Eryna 2 tahun

As salam.

Harini special sikit lah, 18 Ramadhan ,besday eryna kalau ikut kalendar islam.
Sehari selepas Nuzul Quran.ingat lagi ,masa nak bersalin tu ,elok jer masuk 41 minggu.hari yang sama gynae kata,kalau tak bersalin jugak dia nak induce.huwaaa memang dup dap jer tapi kita rileks2 dulu.
Hari hari pujuk jom la keluar cepat.mentang mentang la time tu bulan puasa,buffet 24 jam,steady ja nak lepak lama lama.dah la berat dia makin naik,masa check 40 weeks dah 3.4 kg macam gitu.



Yang pernah baca kisah bersalin eryna mesti tau ,masa dia lahir kena warded sebab lemas.
Masa lemas tu,eryna tak menangis pun,tapi dia sangat aktif.nampak clear la waktu dia keluar tu,siap karate do.
So,kena tahan ward 5 hari.orang lain baby warded sebab jaundis atau prematured, eryna pulak sebab lemas.dalam 24 jam gitu,oksigen yang hospital supply tu dah fully bukak.lega sangat masa tu.
Of course la susah hati kan.lega sikit bila dia boleh breathe sendirik.

Cuma,prosedur hospital kerajaan,kena stay sampai abis antibiotik.
Masa dia complication tu,gynae terus transfer ,dari INS ( swasta ) ke sultanah bahiyah.
Mujur jugak ada buku pink klinik kerajaan (kk ) tu.
Sebab tu lah advisable kalau check up tu buat je dua2 tak rugi.


Ni baru kuar ward.gemok kan pipi dia.labuh.hahahaha
Abis dah lahir 3.8 kg kot.lepas tu tiap2 bulan naik berat.


Ni stok susu hari hari hantar kat spital.
Banyak pulak tu dia minum.syukur susu banyak.


Kena buli dengan mama.ni dalam pantang lagi ni.rasa ni baru sebulan lebih,lepas akikah.
Akikah buat hari ke 15 ,masa tu raya ketiga.
Nampak lengan tu ....+______+.


Cakkkk.suka sangat makan mana tak debot.
Masa ni macam2 masak semua dia makan.berbaloi la masak banyak2.kehkeh.


Model tak berbayar mama.ni dah nak umur setahun.
Orang order,stok balik raya ,bawak balik shaklee sekali.
Korang nak order shaklee, sila sila ok ( sempat iklan hahahaha ).


Gambar ni amik tengah2 malam buta.hahaha.eryna muka dah ngantuk.kihkihkih.
Alamak ,masa ni dah kecut sikit, kalau ikut kalendar kuda, besday eryna 0708.tahun lepas kira just nice, hari raya pertama tu besday dia.
So,ada buat makan2 sikit kat umah mak mentua.
Tahun ni insya allah buat awal sikit since semua sedara ada.kiranya buat kat kg jugak la.

Sekarang dah banyakkkk akal.
Asik nak main i pad ja.
Pantang tengok upin ipin ,dia pun sebuk nak "betul betul betul".
Selain tu suka frozen jugak.

Dah pandai cakap macam2 dah,and faham ja apa dia cakap.
Tak berapa pelat,sebut sebijik2 so senang paham.
Ayat utagha yang dia boleh sebut " ayaq".hahaha.


Apa pesen pun tak tau la yang ni.ikut suka dia ja tu.



Tak suka bergambaq.candid dia suka.boleh ???
Mama doakan eryna dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,selamat dunia akhirat & jodoh yang baik & kaya ..eh ? tehehehehehehehe.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...