LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Saturday, July 5, 2014

Lauk buka puasa ,gulai ikan masin ibu mertuaku

As salam.

Suka betul kan asal bulan puasa nak up pic makanan.
Padahal,hari hari biasa pun kita tetap la masak and pergi kedai jugak.
Tulah specialnya Ramadhan, bukan saja untuk kita amik peluang ibadah ,tapi untuk masak2 juga.eh,masak pun ibadah jugak kan..dapat pahala lagi :).

Ni saja suka suka buat coretan kenangan jer.sebab tu tabah amik gambar tu.
Ok,ni lauk buka hari rabu.masa balik kg haritu ,mak mentua ada bagi ikan masin.lebih masa kenduri adik ipaq.
Feveret laki saya ni,jadi kita masak gulai ikan masin.letak ubi keledek.sedap....selalu letak nenas kan.ni resipi mak mentua.

Bahan bahan :

Serbuk kari ( saya suka mix rempah cap O & babas )
Santan
Tomato/asam jawa
Ikan talang masin ( paling sedap )
Ubi keledek









Untuk tumis :

Bawang merah & bawang besar
Daun kari.



Steps :

1. Rebus ikan masin dengan cuka untuk buang rasa yang terlalu masin.toskan.
2. Rempah bancuh dengan air,lepas tu terus masuk dalam periuk.
3. Agak dah garing sikit, masuk santan.masukkan air.
4. Masukkan tomato/asam jawa & ubi keledek bila santan dah mendidih.
5. Lepas keledek masak, masukkan ikan talang .
6. Adjust la rasa.tutup api.done



* ikan dah masin toksah garam dah.
* keledek akan pekatkan kuah ,so boleh letak air lebih sikit.jangan sampai cair sudah.

Dalam kuali, tumis bawang & daun kari sampai naik bau, lepas tu masukkan jer bahan tumis dalam periuk tadi,tutup.biarkan mewangi kat dalam tu.




Hidangkan dengan nasi putih & sayor campoq.
Sedap,mak martua lalu pun tak sedar.padahal dia yang bagi resipi..tehehheheehe..

Masak apa pulak harini ?
Oh ya,jangan lupa jengok blog SHAKLEE untuk update terkini tentang shaklee.hehehe.
Kalau nak beli barang pulak ,boleh klik terus kat sini tau SHAKLEE PRODUCTS ,nanti korang terus direct masuk laman web shaklee dan barang akan terus dipostkan oleh shaklee.

Selamat berhujung minggu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...