Friday, July 11, 2014

KLGCC

As salam.

Last week buka kat klgcc atau kuala lumpur golf club.
Tahun lepas pun ada buka kat sana,masa tu eryna baru nak setahun.
Ni tahun ni nak masuk 2 tahun dah.

Syok buka kat sini.
Tempat besar,spread banyak & organised.Lepas tu paling penting dekat dengan rumah.kuar ikut toll nkve damansara tu ,dalam 15 mins je tak jem sampai lah.
KLGCC ni kat INTAN, sebelah sime darby convention.jangan confuse dengan KGPA club pulak.


Parking dekat luar ,ada parking bertingkat.usya usya orang kaya main golf dulu.
Oh ya,harga buffet kat sini ikut date.Awal beli voucher, dapat murah.makin lambat beli makin mahal.
Voucher kami dapat ni RM60 jer.mak kawan tolong belikan.every year pun dia beli banyak2.
Sapa ada membership kat sini senang la.kami tumpang menyibuk jer.hehehe.


Ada budak dah boring.mula sampai,kena duduk luar.cam tak best la sebab panas sikit eventho ada kipas macam kat mamak tu.
Tiba2 staff situ tanya nak move masuk dalam sebab ada orang kansel.
Eh,mesti la kita mau.dalam ekon & kalau budak ni nak round round pun senang sikit.
Kalau luar tu kang susah sikit tempat sempit.


Ni jer dapat snap.tu kanopi tu tempat seating gak.ada banyak sections.
And very organised.
Kena call for booking.and memang dorang kira berapa pax kasi ngam2.
So takdak la kes tiba tiba ada orang datang walk in lepas tu duduk je kat mana mana.
Best la tempat dia.ish nak amik pic memang susah sebab everytime nak ambik lauk,ada budak mengikut.so baik tak payah.



Menu wajib : kambing bakaq la.sedap.lembut.moist.


Gearbox.ni bukan sup.ni dari mee rebus nyer sections.
Huwaaa chef tu perli ke apa tak tau ,seriously besar gedabak.
Mau besar lengan aku ni >_<.
Konfirm la tak abis banyak kot.isi luar dalam penuh.


Mee goreng.satay.dim sum.kopok lekoq.
Ada macam2 la banyak tak ambik.
Pening nak pilih kalau dah banyak cenggitu.


Ni paling win.lidah bakar.uish sedap cicah ngan kicap pedas.terangkat.
Nanti next week nak p sana lagi,wajib amik ni jugak.


Budak paling busy.makan sikit main je lebih.
Tu sirap tu tak lepas.aku memang tak bagi dia minum benda2 manis ni,
Tapi dah datang sini,waiter tu plak asik refill,ish pejam mata je la bagi.kang ngamuk payah.
Tu yang syok asik nak minum je tu +_+.


Suka pic ni.tu eryna tengah tengok nak buat peace.ehek ehek.
Tengok kat belakang dah kosong,semua orang dah balik.time ni almost 10 pm.
Best makan kat sini.relax, tak bising & walaupun ramai orang still tak crowded.
Rasa nya seating kat situ dalam 500-1000 pax jugak tu.kat dalam ni saja ada la dalam 200 pax or more.

Pastu meja belakang kami tu Tun Musa Hitam and family.
Masa dia nak balik,meja sebelah tepi tu rupanya kawan dia.so dia datang borak borak.
Aku tak kenal pun,laki aku jer yang kenal.kawan dia kot.kihkihkih.
Lama jugak dia sembang2,pastu anak pakcik tu ambik2 gambar,aku rasa muka aku pun ada masuk sekali.hahahah

So,yang plan nak buka kat sini bawak family pun best.
Call la KLGCC tanya voucher.rasanya ada kot lagi.
And surau pun kata nya ok.haritu aku cuti so tak tau.last year pun sama,aku cuti.sebab tu aku tak tau surau dia ok ke tak.but menurut shuben, surau dia ok.eh,last year aku ramai2 dengan kengkawan,depa kata ok jer,senang nak solat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...