LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, July 2, 2014

Buka puasa

As salam.

Salam Ramadhan.dah masuk hari ke 4 alhamdulillah.tapi,aku belum dapat puasa pon since day 1 :(.
Tahun ni, insya allah kalau diizinkan tu nak khatam quran.aci tak sambung je dari Juz 3 yang aku delay berbulan bulan.semoga dapat la khatam tahun ini.
Terawikh tu rasanya hanya kat rumah kot.so far, en asben tiap2 malam pergi ( as of today la..hahaha )

Pastu azam nak masak selagi boleh.tang masak tu ok jer.
Tahun lepas pun kocoh2 sampai rumah pukul 530 macam tu aku masak jugak.
So haruslah masak tahun ni sebab nya dah duduk rumah khen.eh duduk rumah..ok lar later kita story morry pasal ni.

As usual haiwan2 semua aku dah potong2 & asing siap2.senang tinggal nak masak jer.
Hari pertama masak gulai ikan ,sayur & daging pekasam.
Hari kedua masak tomyam campur,kailan ikan masin & telor dadar.
Hari ketiga ( semalam ) masak kat Ar Rawsha ( hahaha ).

Ok,semalam en asben cuti so after kemas rumah vakums segala kami p sogo.
Lengang & happily lenggang kangkung pilih barang.
Beli kasut & baju mickey mouse eryna jer.
Aku skang ni beli semua on9.so barang raya dah settle.

Pastu,terus ke Ar Rawsha kampung pandan tu.
Pukul 7 pm gerak dari sogo,elok2 jer sampai orang azan.
Takper,aku tak puasa pun.kihkihkih.

Tak ramai orang semalam,so parking pun sangat senang.
Tapi,parking space sini memang heaven.tanah lot yang sangat besaq kot.
And of course la kat dalam pun sangat luas.Aku pernah datang dulu,lama dulu dengan member opis.so tak ingat jalan kena guna waze jugak.



Dorang ada buffet RM59 nett tapi kami tak amiklah.rasa cam membazir plak if tak abis.
Eceh ,yo yo jer..
Untuk ala carte tempat duduk kat atas.lengang jer & order pun cepat dapat.
Surau pun ada so senang betul lah.


Eryna suka kurma.she can finish 3-5 bijik sekali hadap.
Kami order lamb kabsah,chicken kabsah & lentil soup ( soup kambing ).





Benda wajib kalau makan kat restoren arab ,tak kira la saba ke, wadi hadramawt ke ,d arab cafe ke..kat sini dia tambah yogurt.ada certain kedai depa bagi kuah macam dalca.


Mango lassi ni aku punya.sedap lemak.eryna pun tumpang sibuk.



Haip ada tangan menyibuk tak menyabaq.nak acik kata nyer.
Ok la dia makan dalam 3-5 sudu penuh tu.


Buffet spread dari atas.nampak sepanjang2 tu dia punya selections.tapi tak ramai orang pun.
Weekend mesti ramai ni datang sini.
Nampak dari corner sini sampai ke hujung sinun ? Buffet tu semua.

Oh ya,dorang pun dah bukak kat shah alam.tapi tak tau la area mana.


Ni kat atas.besar betul dah macam dewan.
Kalau buat receptions ni pun boleh ni.mau leh muat dalam 1000 pax jugak ni.

Taste wise takder beza sangat dengan mana2 arab restoren yang pernah ku makan.
Daging lembut,nasi sedap.ok lah semua sedap.
Price wise pun ok.
Apa kami makan semalam dalam RM60 kot.entah sebab orang lain bayar.tehehehehe.

Yang nak cuba makan kat sini, boleh la call for reservations.
Ni address :
8 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-9200 6600

Dari bulatan kampung pandan tu,tepi jalan jer.ala ala istana jer.

Selamat berbuka.hari ni masak semula.
Menu :
Gulai ikan masin dengan keledek.
Sayur.
Ikan pekasam.

Bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...