LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, May 2, 2014

Kerja harini

As salam.

Korang...aku kerja hari ni.,korang pulak ??? saja malas nak amik cuti hari ni.semalam cuti pun lepak di rumah .hujan lebat so sedap mengeram sambil pelok2 eryna.bapaknya keluar entah ke mana.eryna kalau kita pelok dia,mau 3-4 jam dia tdoq elok jer.of coz la kena sambil bfeed.lama tu dok melekap.sebab dia siang jenis payah betui nak tidoq.maybe sebab dah biasa kat rumah pengasuh tidoq buaian ,so siang tu macam payah sket.



Latest pic.nampak mata jer la besaq.
Ni dia demam sikit masa ni,so tetiba berat turun.now dah start makan banyakkkk balik.geram nak gigit anak mama yang dobot2 macam dulu.


Dah kurus la anak mama ni.masa ni,hi tea kat one world hotel.saja pau bonus abah.mihmihmih.sedap gak kat sini,macam2 ada.makan sampai nak muntah rasa.bawak dia main sat kat sini,lepas tu sambung makan.



So,sebab member2 opis pun sama cuti,pagi tadi terus beli lunch siap2.nasi kerabu sedap kat keramat AU2.eh ke AU1 .yang pastinya gerai ni dekat dengan bangunan TM.ada petronas kat situ.pagi2 sentiasa full,kena park keta kat petronas sana sebab rumah2 teres berdepan ngan gerai tu dah hadang siap2 laluan umah dorang dengan batu.ada letak tong sampah.so jangan nak mengada park kat situ,nanti tuan rumah nak keluar pun payah sebab keta kita block.

Sedap.terbaik.mintak sambal lebih.semua lebih.harga nya 6 riyal.murah la ni kan.aku bagi kawan kelantan aku rasa,dia kata thorbaik !!
kira pass piawaian orang kelantan la.makcik ni kalau bulan Ramadhan pun kena p awal beli,sebab selalu pukul 5 pm,nasi kerabu dah abis.nanti dia berniaga pun dekat lorong petronas tu jugak.

Sini kalau param dia boleh dikatakan semua best2.ada roti john sedap,murtabak best,popia basah yang kena queue dulu,siap dapat no sebab ramai giller orang.aku pernah dapat no popia tu untuk dibeli esok hari sebab dah abis.boleh ker,.,dasyat tak dasyat ler...eh,posa pun ganti tak habis,dah sibuk cerita pasal param..

Ok,izinkan aku habiskan nasi kerabu sedap ni.petang ni boleh aerobik kasik lemak terbakar.+__+.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...