Thursday, April 10, 2014

Train anak pakai tudung

As salam.

Korang ada anak perempuan ?
Bila korang train anak pakai tudung.
Tengok ada la yang dah start bagi anak pakai tudung.I mean,bukan yang main2 jer mcm eryna selalu main kat umah tudung2 aku tu.memang train ,kuar umah pakai tudung.tak paksa le kot.sebab kalau tak mesti budak tu dah tarik2 kan.cam comey plak tengok anak blogger sakinah tu pakai tudung syria.geram ok.



Ni bukan eryna.anak blogger shakina.sorry i olls pinjam sat.geram sangat tgk anak u cute giller.

Macam eryna ni,dia memang tak suka diletak apa2 objek kat kepala dia.
Beli segala mak nenek riben pun dia takmo.padahal masa baby kan bukan gheti nak bukak sendiri, tapi dia punya hentakan tak suka tu, memang tau lah ,sebab bila bukak riben dia hepi giller.
So,now dah besar ni memang harapan la dia nak girly bagai.ikut angin boleh la dia pakai kejap tak sampai dua saat.kempunan la nak tengok anak mama girlish.maybe sebab rambut dia kan tak banyak,kot rimas tak tau la.ada aku beli topi ala2 ct nurhalija tu pun,dia cuma pakai time kuar keta sebab panas.pastu masuk kedai, dia sendiri bukak bagi kat aku.+_+.


Ni masa umur berapa hari ntah.dalam pantang.muka stress jer kena pakai riben.


Ni borong sampai 6 terus,sampai ke sudah tak pakai.dia buat main2 jer skang.


Tengok muka budak stress.umur 6 bulan masa ni.arghhh rindu zaman dia debob dulu.skang dah slim melim .makan banyak ,tapi tetap tak sampai 10 kg.dari umoq 8 bulan dok la kat 10 kg.ni dah demam turun tinggal 9.7 kg.tapi, ikut paeds normal jer.bukan la underweight pun.ngam ngan tinggi dia sekarang.
Dulu,masa time debok,asal cek up jer,nanti paeds cakap overweight.hohoho.


Ni time dia main2 sat.lepas tu tak sampai 2 saat,terus cabut.
Pastu,paksa orang cakap dia comey.+_+.


Buat toncet macam ni takper.pengasuh dia la ni suka ikat rambut dia cenggini.katanya kasik cepat tumbuh rambut.tengok cam takdak beza ja.huhuhu.


Dah kurus la anak mama.dah makin tinggi plak tu.ni kat jasko,main2 kejap mentara tunggu abah solat.buat sistem giliran.tapi,skang kalau bawak masuk surau ,dia pun nak solat sama."nak yang nak yang" pastu mula lah mulut dia tu bunyi "syshshshshs" konon tengah baca,paling cute tu tang tahiyat akhir ,siap angkat jari telunjuk tu.cam real ja.mesti dia observe abah dia buat.kalau mama buat tak nampak khen..

Eh,patut nak cerita pasal tudung anak.dah melalut.
Ha,tulah,aku lum plan nak bagi pakai kot.sebab dia cam rimas.kalau dia ok,boleh je bagi pakai.zaman skang pun tak macam dulu kan.aku dulu dah period baru start pakai.kiranya umur 13 tahun terus pakai la.sebelum tu memang pakai skirt pendek jer.p skool pun pakai pinafore lagi.


Mak jemah.nanti bila awak dah ready kita pakai tudung eh.tapi,baligh jer wajib pakai ok.nanti slow2 mama ajar cayang :).


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...