Friday, March 7, 2014

Reward baby Spa untuk eryna

As salam.

Sebenarnya ada la terdetik nak bawak eryna swimming & massage kat Hippopo Baby & Spa ni..nak bawak swim kat pool dekat rumah ni, tengah construction pulak.lepas tu swimming suit tak beli, so macam lagi banyak alasan la tak bawak dia pergi swim.
Eryna ni memang suka air.since lahir,masa mak mandikan time pantang, tengah menangis pun boleh diam layan air dalam tub tu.even sampai now, memang dia tak kisah mandi pagi2 pun.

Kebetulan sangat semalam, mc still ada lagi 1 hari.oh ya, saya dapat 3 hari mc tau.asalnya macam sakit mata, lepas tu, jumpa jer doc terus dia bagi 3 hari mc.best kan..hihihihi.macam tau2 jer saya tengah stress ,so macam saja nak bagi cuti suruh p jalan jalan.tapi, biasa lah ,cuti pun mana boleh duk rumah jer,bosan kan.dah biasa on the go.so, elok jer nampak artis yasmin hani tu upload kat insta dia bawak baby noah pergi baby spa ni, terus dapat idea nak bawak eryna.since memang dah plan tak nak hantar dia kat babysitter haritu.memang planned nak spend time dengan dia jer.


credit pic..goggle
Eh,panjang la intro baby spa ni.+_+.
So, pagi tu saya call baby spa tu.korang boleh like di FB BABY SPA .bila nak pergi tu, sila la book dulu yer.tapi kalau weekdays tak perlu risau sangat sebab tak ramai.if weekend mungkin kena book lagi awal.
Masa saya kol tu, slot yang ada pukul 1.30 pm .kira sedang elok lah, after breakfast ,rest kejap lepas tu pergi.oh ya, baby spa ni located dalam shopping mall ,Centrepoint Bandar Utama.yang tak biasa area sini,kena pakai waze la senang.macam saya memang familiar sangat sebab dekat ngan rumah & mekdi kat sebelah tu tempat lepak time studi dulu >_<. rindu nak bekpes kat sini.



Lengang jer time kami sampai.konker abis tempat ni..suka suka..


Sampai2 tu, nanti staff dia akan greet kita & baby.tujuan dia nak kena mesra2 dulu lah.kang nanti baby nangis pulak.sebab lepas swim ada massage pulak.masa kami sampai tu, ada sorang jer kastemer ,tu pun dah nak abis,kira nya turn eryna la lepas tu.





Tu staff dia tengah dok ambik hati eryna.sebab dia takmo baring kat situ.dah tukar pakai swim diaper dah.
Ada 1 jakuzi ( kolam besar ) & 4 kolam kecik untuk babies.tempat ni tak besar, so ,memang patut la kol dulu buat apppointment.



Mula mula, sebelum swim, dorang akan check suhu to make sure baby sihat.yelah, kang tetiba sakit tak pasal2 kena budak lain atau pun kot dah sakit ,nanti claim kata baby spa tu yang kasik demam pulak.dalam setiap kolam tu, cuma sorang baby je dibenarkan.macam jakuzi tu, budak setahun lebih dalam tu lah,nanti senang nak godek2 kaki.luas sket kan.



Lepas dah check suhu, tukar pakai swimming diapers.yang ni free.dorang provide.kita cuma bawak baju la kot nak tukar baru ,food & milk.towel suma dorang dah siapkan.dont worry ,air kat sini tukar setiap hari,dorang pun akan brief kita dulu pasal ni.




Dah tukar semua, kasik warm up dulu, stretch kan dulu.macam eryna, since dia first time nak swim ,so dorang buat slow slow.mula mula, bawak dia main2 air dulu, dalam beberapa minit camtu ,baru dorang masukkan dalam pelampung & lepaskan dalam air.


parents kena ada sentiasa la, sebab ada kes budak2 ni menangis bila masuk dalam air.si eryna pulak ?? dia cool jer.rileks abis menikmati air.air dalam ni pulak suam, wah memang sedap la.dah la tu, siap tukar2 ,kejap laju,kejap jadik jakuzi.memang suka la cik kak tu.swim ni dalam 30 mins ajer.lepas tu dorang tengok dia enjoy jer, so dia extend another 5 mins.memang suka sangat tengok eryna dalam pool tu.dia memang cool abis.tapi dia tak godek2 sangat kaki dia.dia harap air tu jer tolak dia.staff kat situ cakap ,macam dah pro..kihkihkih..sebab nya kalau ikut pengalaman dorang, budak first time selalunya menangis & tak sampai 30 mins dah nak keluar pool.





Siap main ball tu tolak sana sini.kaki tetap tak gerak.sabar je lah..




Ni time jakuzi, air laju..memang syiok tengok pelampung tu kejap ke kiri, kanan, tengah semua.eryna ni ,kalau ada orang yang dia tak kenal,mulut dia memang diam jer.lama sikit timing nak tegur.after some times, baru dia nak bunyik..hihihihi



Tengok tu dia konker jer sorang kat dalam tu..agak lama la jugak kat dalam tu.puas hati dapat swim..




Lepas 35 mins, time keluar dari pool.seriau jugak kot dia mengamuk taknak keluar, well..mommy's girl is soooo good girl ,dia ok jer dorang dukung bawak keluar.lepas tu, dorang bawak ke tempat massage.kat situ ada tv, so pandai la dorang attract budak2 so that tak nangis.eryna pulak dia tak suka kena massage, so terpaksa ribakan dia,pastu staff tu massagekan.tapak kaki pun dah kecut dek syiok swim.hihihihi..



Sebab eryna suka sangat dengan pool tu, so mama decided to enroll some classes for her.tapi, ambil yang swimming kelas jer.ada macam2 pakej ,nak unlimited pun boleh ,tapi mahal boleh tahan la beribu...tsk..tsk..so, untuk eryna ,mama amik 10 classes setahun ,only for swimming.massage mama buatkan jerlah.hehehe.

Btw, untuk yang bertanya ,here are some info pasal Baby spa ni yer.

Location : Centrepoint Bandar Utama ( will be opening soon at GE Mall & Puchong )
Range umur : kat sini cuma from 0- 36 months.untuk other outlets ,from 0-12 tahun.ha, nanti korang serbu la yer.boleh like page tengok bila akan dibuka.
Price : swimming ( 30 mins ) & massage ( 30 mins ) , pakej RM 86.



And kalau nak sign up class ,harga ada diskaun.so, boleh la usya2 pakej.macam eryna amik pakej swimming saja, untuk 10 classes ,fee dia RM 388.kira kalau pergi sebulan sekali kira ok lah sebab valid sampai next year & boleh redeem kat mana2 baby spa.for now, kat centrepoint jer paling dekat & dah buka.

gamgar dari goggle ..suasana time weekend..fuh padat...

Ok,itu saja nak share untuk yang bertanya.


Bawak lah baby korang datang sini.syok, tak sama dengan pool biasa sebab air nyer warm ,lepas tu takder klorin.baby pun enjoy jer kat dalam tu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...