Friday, March 14, 2014

Pesawat MAS tetap terbaik....doa kami untuk MH 370

As salam.

Salam Jumaat.dalam pada kita masih lagi berduka & bertanya mana la perginya MH 370, jangan lupa terus panjatkan doa semoga dipermudahkan jalan.maklum la,bila dah banyak sangat cerita2 pelik yang telah memalukan kita ( pasal bomoh tu lah ), harapnya kita amik iktibar.tak payah la over sangat nak kondem sana sini sampai terlupa untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Dalam family aku, memang ada yang bertugas dengan aircraft.bapak sedara aku & anak dia adalah pilot MAS.and still lagi bertugas sampai sekarang.paksu aku adalah antara pilot terawal yang diserap masuk oleh MAS dari tudm.sebelum tu,dia dengan tudm, lepas tu ,MAS ambik bawak masuk,hantar training kat usa lagi.maybe time 70 an dulu, sistem kita tak secanggih sekarang,so kena antar sana.
Dah lebih 30 tahun bertugas dengan MAS..lepas tu,kazen aku pun ikut jejak langkah abah dia, muda lagi ( late 20's ) dalam 4-5 tahun macam tu baru jadik pilot.

Adik aku plak techinican airod.bukan MAS tapi, still la ,airod kan penerbangan jugak.hari2 dok belek benda dalam kapal terbang.dah paham sangat segala mala sistem.semua berkaitan teknikal.
And ada jugak sorang sedara aku stewardess MAS,masih lagi sampai sekarang kerja dah lebih 20 tahun.

Memang masa dengar news tu dup dap jugak la.mesti la kita takut kan.pilot ni memperjuangkan nyawa sendiri & bertanggungjawab atas anak kapal.jadi, bila baca orang dok buat lawak spastik tu, terasa la jugak.apa lagi perasaan family cabin crew.


Lepas tu, ada yang kutuk kabin krew pulak.seingat aku, kak yanti sedara aku tu, kalau off duty, dia pakai ja tudung.abis, dah bertugas nak buat camne.dia pernah cakap, akak bukan tak nak resign ( sebab anak 4 orang dah besar2 ) ,tapi apa pilihan akak ada.gaji besar, kalau kat bawah ni, tak tau apa akak boleh buat.tapi, aku nampak la dia fight tuk majukan diri dia.sambung belajar degree ( dia ada spm jer,stewardess zaman ziana zain dulu, spm pun dah qualify janji english bagus ) , lepas tu dia bukak saloon sebab tau la takkan nak selamanya jadik stewardess.so...jangan la nak kutuk kata orang macam2.mungkin depa lagi bagus dari kita, jangan la bongkak.

Aku nak share sikit, kalau pasal teknikal kan.nak kata pilot kita itu ini.pengalaman aku masa naik domestik flight dari JFK airport ke Buffalo airport.kami naik Jet Blue nama flite tu.kira tambang murah la kat sana.
So,kami pun masuk dalam flight, lepas tu aku rasa macam panas jer.pelik la apesal tak pasang ekon ker.padahal usa masa tu tengah spring kot.tau la cuaca waktu spring ni sejuk.tapi, sebab lama sangat dok dalam kabin, dah berpeluh peluh lar.dah la aku tengah peknen 7 bulan masa tu.



Ni aku kat JFK.tengah tunggu flight nak ke buffalo.sejuk giller masa ni.

Tak lama lepas tu, steward announce, flight tu ada kerosakan teknikal & depa tengah check.itu jer dia cakap.pastu aku tengok muka orang dalam tu semua cool jer.takdak la nak bising2.depa semua rileks jer layan movie la, layan lagu.pastu aku dengar bunyi ketang ketung macam ko tengah duk ketuk2 plak.aku pandang mak aku, dia pun dah saspens.tapi sebab semua orang rileks jer so, buat tak tau jer.

Ada la dalam sejam setengah berpanas dalam tu.tapi,sebab semua orang diam ,apa nak dikata.aku ni orang luar, kang bising satgi depa tak kasik aku naik flight padan muka aku kan.T_T.
Yang lawak tu, sepanjang sejam lebih tu, air crew takder la nak datang ke apa, depa semua kat luar kapal.and kami pun tak disuruh keluar.dok la dalam tu, tunggu sampai abis engineer depa check.macam2 bunyi laks tu .sabar je la.

Alhamdulillah, naluri aku pun takdak la rasa pelik2 kan.orang kata kalau kita rasa tak sedap tu, maybe ada petanda kena baca ayat kursi banyak2.aku plak ,kalau travel dengan mak, awal2 lagi dia dah baca doa naik kenderaan semua.tenang la sket.

So,flight pun terbang & aku tidur, tau tau dah sampai.huhu.bila ingat2 balik, kalau Allah kata kun faya kun, jadik jugak kan.paham tak maksud aku.sebab kami dah sah2 naik flight yang ada problem.penerbangan dalam sejam setengah jugak tu.jadik ,jangan la nak jadik bijak pandai assume macam2.kita tunggu ja mesti Allah akan tunjukkan nanti.lambat atau cepat ja.

Ni repost dari FB ustaz don daniyal.semoga dapat manfaat untuk kita semua :

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin

*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga. 






Tetap bangga terbang dengan MAS.insya allah akan tetap beli tiket MAS.paling best tu, kalau naik MAS, nanti bila nak landing, mesti kabin krew cakap " To Malaysian ,welcome back "..touching sangat.

Semoga ada berita yang amat kami nantikan hari ini....insya allah....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...