Monday, February 10, 2014

Balik kampung di hari raya cina

As salam.

Ni lah dier orang msia kan, apa raya pun sibuk nak sambut.since CNY ni dah bersambung sampai ke hari wilayah, molek lah kita cuti lama sikit.so,khamis dah start amik cuti.ni memang kalah cina nak beraya.sebab dah expect jumaat mesti jem.malas nak stuck dalam jem apatah lagi di R&R.

Kali ni balik ,mak ayah aku ada sekali.sebab depa since kenduri kahwin kazen aku kat putrajaya itu hari depa stay kat sini.tolong jaga anak abang aku yang tak baru baik demam.sian budak zarif ni, haritu kena neb 4 hari berturut setiap 4 jam.lama la jugak mak ayah nya kena cuti.sebab baby ni kan cepat berjangkit.haritu dah kena warded masa balik kampung, pastu baru nak elok, hantar taska kena balik.sian dia.so, mak aku stay la kejap tolong jagakan.ni dah kena balik taska lar, what to do.

So,khamis tu dalam kul 10 pagi dah gerak balik.bekpes dulu then selamat tinggal key ell.all the way tak jem langsung.tiba tiba, masa kat ladang bikam gitu ,ter stop plak.upernya waze bagitau ada accident, sekali eh ,ada asap..eh, memula light2 jer asap tu, tetiba makin lama makin tebal.pastu nampak api.upernya ,keta yang accident tu dah meletop.


Jarak kami ada la dalam 50 meter camtu, hanya dipisahkan beberapa keta jer.syukur la tak jadi apa apa.since kami paling depan, pastu RELA and bomba sampai, so cepat cepat depa take over jaga lalu lintas.nampak la ah so dah terbaring kat jalan.upernya ada 5 keta terlibat.baca newspaper ,takder yang meninggal.kalau tak ,kesian nak beraya wei.memang keta tu lost control ,langgar divider & keta lain terus hentam tu yang meletop.depa kat dalam tu sempat keluar keta.

Balik perlis, cam biasa melepak umah lagi best.ingat nak la rasa suasana sejuk ,tapi takder pon.dah abis.kena bukak ekon la jugak.huhuhu.

Aktiviti buat haritu :

- makan besar kat kuala perlis.belanja my family & in law.sebab ramai giller orang ,so order kul 830 malam ,kui 1100 malam baru dapat makan.kalah makan kat jeram kuala selangor kot.patut kena kol dulu, tak teringat plak.huhuhu.lauk malam tu as usual ,ikan bakar ,sayur kailan,sotong goreng tepung,tomyam.semua buat 2 sets.tapi makan dah tengah2 malam tak feel lar.

- bawak eryna naik kuda kat kuala perlis jugak.ni p the next day.dewasa RM5 & budak RM2.ok lar pusing sikit ja, better than KL tower ,charge per head RM 10.


- melawat wang kelian & padang besaq.since umah in law tak jauh nak p sini ( dalam 30 mins kot ), so apa lagi harus la p.both tempat ni lebih kurang sama ja.tempat jual barang2 siam.tujuan p sini nak beli kereta untuk eryna & bear mickey mouse.tapi ,tak jumpa yang cute pun.beli keta ja.tapi bukan keta bateri yang mahal beratus tu.yang 40 hengget jer.sebab aku tau eryna ni cepat boring.so, bazir ja beli.

Apa apa pun tak sempat jumpa kawan nak reunion. except kawan sek men dulu datang rumah invite kenduri kahwin adik dia.cuti sekejap sangat memang tak sempat nak berjimba jimba.


Si budak yang kena paksa makan.takmo bersuap.yang penting dia nak makan, sepah pun takperlah.

Itu saja cerita cuti CNY. k bai.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...