LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, February 28, 2014

Anak beranak demam

As salam.

Hari isnin haritu cik eryna demam.sian dia.lama jugak dia tak demam.ingat haritu masa kena jab yang 18 bulan tu kot dia demam.tapi rileks jer dia tak demam pun la.tup tup after seminggu jab ,dia demam pulak.takper lah demam ,orang kata antibodi dalam badan akan kuat kan.janji tak memudaratkan.huhuhu.padahal kesian la sebab ,dia kan jarang demam,so bila sesekali kena demam, tu dia suhu up sampai 39 -40 c waktu malam.memang kena monitor sentiasa.

Oh yes, to mommies semua, belilah termometer yang cepat dapat detect suhu.invest la mahal sikit takpe janji berbaloi nak guna.masa dulu ,sebelum beli jenis Braun ni, en asben beli cap apa ntah kat farmasi RM24 jer.tapi sampai sudah takleh guna.boleh ker rosak.guna pun belum dah rosak.sabaq je lah.

Lepas tu, kita beli jenis Braun.ada 2 jenis, satu yang ada memori ,satu lagi tadek memori.yang ada memori ni bagus gak at least kita leh pantau la sejam lepas berapa suhu, yang sejam sebelum berapa.Memula nak beli yang biasa jer, tapi beza harga pun dalam RM30 camtu ,so beli yang ada memori jer.


Bagus jenis ni, in one second dah dapat detect terus.price kat mothercare dalam RM 295 kot tak ingat dah, lama beli since eryna lahir dulu.memang berbaloi la,kita demam pun senang nak check suhu.doctor pun guna jenis ni.yang macam ada cap kat muncung tu kan,boleh tukar kalau dah lama sangat guna.ada provides sekali in pakej.

So,since isnin haritu tetiba demam.asal malam jer suhu tinggi terus letak ubat bontot.bila siang tak demam.lepas tu, mula la batuk.so far takder flue.aduh, sian sebab time batuk dia memang bunyik cam orang tua2 jer.jenis nak kuarkan kahak tapi tak gheti.sengsara sangat bunyik.
Dah jumpa paed ,so dah check semua alhamdulillah paru paru semua clear.liver pun ok.risau sebab sekarang kan banyak kes denggi.Paed tu ada la bagitau simptom2 denggi for us to beware :

- anak kerap muntah & cirit birit
- tidak aktif
- demam berpanjangan.means siang malam tetap demam.suhu 37.5 c dikira demam untuk kanak2.
- ruam2 mula naik
- hilang selera makan & menyusu.

Ada lagi lar, tapi ini yang dia highlite yang penting.so, isnin tak keja.selasa pulak amik time off half day.rabu keja.khamis ,mama pulak demam.suhu 38.5 c terus.tak tau sebab berjaga malam pastu eryna pulak bfeed sepanjang malam tak nak lepas.memang banyak dia minum.sebab taknak makan, so dia menyusu kaw kaw punya.sakit abis satu badan.tapi, takpa lar janji dia menyusu.mama dah risau sangat si bam bam makin menyusut tak debob cam dulu.+_______+.



Melepak di hari Isnin.layan kartun je lah kerja cik kak ni.ni siang tak demam sangat la.masih aktif panjat sana sini sinun.malam pun time2 dah lewat sangat baru suhu naik.awal2 tu still melasak.



Hari ni datang keja pun half day.tadi pergi check lagi sebab dr chua dah pesan ,if khamis still demam, jumaat kena datang.so, tadi dia check semua ok.plus eryna pulak semalam pukul 11 malam bagi supp tu ( ubat bontot ) sebab suhu dah 40 c semalam, then sampai pagi tadi pukul 10 memang tak demam, so dr chua kata its a positive things.dia kata demam ni macam prolong,will take another 3-5 days to fully recover.hopefully cepat2 la sembuh kan.takmo la tunggu lama sangat.& tadi dapat la neb sekali kasik cairkan kahak.



Alololo..ni time dah pasrah.so,kena balut macam ni pun dia redha jer sebab takder tenaga kan.cer kalau demam biasa2 tu, mau dia mengamuk letak towel basah cenggini kat kepala dia.tapi semalam terus bungkus badan & kepala dengan towel basah.lepas tu pakai pampers jer,terus on ekon ,suhu dalam 25 c macam tu, lepas masuk ubat bontot dalam 3 jam macam tu dah turun demam sampai 37 C.


Okies, ni macam promosi la pulak kan.tapi,saja la nak share, memang bagus nutriferon ni sebab tujuan utama pun kan melawan influenza & menguatkan antibodi, so bila eryna demam ,amik jer hari2.insya allah walaupun demam tapi still terkawal.macam semalam aku demam pun ,alhamdulillah masih boleh bfeed kan dia,masih boleh buat kerja2 rumah & drive semua.perlu diingat, nutriferon ni supplement, ia membantu mempercepatkan pemulihan bukan serta merta yer.at least ,walaupun sakit ,takder lah kita terlepek tak boleh nak bergerak kan..eh...terpromo banyak pulak kat sini..>_<.

Oklah,nak mengepam sat lepas tu amik cik kak dekat babysitter.sian dia tu..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...