LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, January 13, 2014

Kenangan 2013 yang indah

As salam.

Amboi.hari ini entry nak flashback memory jelah yeh.
Kalau nak baca memory jadik bisneswoman ( la sangat ) ,boleh la usya2 kat SINI.
Macam mana azam tahun lepas .banyak ke yang dah tercapai.
Aku tiap2 tahun pun takder mana nak berazam bagai.so lagi satu follow the flow jer.

Macam contoh nak buat bisnes shaklee pun.mana der termasuk azam 2013.aku nak terus buat.tak payah tunggu orang promote lebih lebih.sendiri carik info lepas tu jalan terus.
Ok lah, tak nak cerita pasal bisnes kat sini.nak details boleh jengah kat sana yer.

Jom tengok perjalanan 2013 kami sekeluarga .

Beli rumah sendiri

Alhamdulillah,tercapai jugak la nak ada rumah sendiri.walaupun hanya la apartment, bukan landed.
Sudah masuk lebih kurang 4 bulan la kami pindah masuk sini.everything went smoothly.dari saat kami tengok rumah, apply loan ,dapat kunci & renovate wet kitchen.

Actually, memang dah planned since kahwin ( semua orang pun kan ) mesti beli rumah sendiri.yelah ,dulu kami menyewa RM 950.almost 2 years la jugak.so, pikir balik ,dah ada anak ni,kena la ada asset sendiri.
Cari punya cari ( memang survey area kota damansara & subang bestari sebab dah jatuh cinta tahap dewa kat area sini ) ,finally kami jumpa apartment ni yang agak tersorok.
Entah macam mana boleh plak terjumpa masa cari kat mudah.



View dari tingkap rumah.kami tingkat 1 facing club house.
Sekali tengok dah jatuh cinta sebab konsep nya adalah resort style.
Swimming pool nya di tengah2 ,pastu ada rimba.club house tu dibuat di tengah2.
Tenang jer masuk sini.pusing2 la call rumah yang ada tanda 'for sale'.mostly dah terjual.
Harga pun dah naik 2 kali ganda harga asal.



Nak dijadikan rezeki, aku masuk mudah, tetiba tengok iklan rumah.,price owner letak below market price.terus malam tu p tengok ( masa ni bulan June 2013 kalau tak silap aku ) .esoknya decide beli.pastu bayar 3% of selling price ( syukur time ni hasben dapat bonus so,dapat la dahulukan ).another 7% kami pinjam loan express RHB tu.hihihihi.
Since owner jual below market value ,so rumah tu kami mark up loan ikut rate bank valued.so,kami untung la sket.actually boleh push lagi to the max tapi aku tak mo la commit hutang banyak2.dapat excess balance terus buat full settlement loan RHB.

Lawyer pun sangat cepat.lepas bayar 7% ,terus dia proceed.since rumah ni dah dapat master title ,so dalam masa seminggu kami terus sign S&P ( sales & purchase ) .pastu kami apply bank.3 hari lepas apply, dapat la kol kata loan lulus.loan bank cepat sebab kami takdak komitmen besar.kereta both dah settle bayar ,lepas tu credit card ok.plus aku ada loan ASB yang boleh jadik as income.

Proses kuar kan akaun 2 pun sangat senang.yang penting semua dokumen lengkap ( S&P , IC both pihak ,offer letter bank ) ,terus dapat tau boleh kuar ke tak.
Dalam masa 2 minggu dapat sms dari kwsp duit dah masuk..hooray..kejap je la pastu semua labur beli barang2 rumah.



Then, terus dapat kunci.sebab owner pun dah masuk rumah baru.
Lepas tu kami terpaksa tangguh renovation wet kitchen sebab bulan puasa.
After raya terus reno dalam masa 3 minggu.proses mengecat amik masa seminggu.
Kami cat balik whole house.rumah ni berkeluasan 1001 sq feet.



Simple reno.owner lama cuma ada dry kitchen, so kami buat wet kitchen kat yard.nasib luas jugak la, so kat sini masak ,kat sini la basuh & sidai baju.Nasib cepat kering.malam sidai ,esok balik kerja dah boleh angkat dah.pastu tambah sliding window so that jiran sebelah tak nampak la i olls masak sexy karang.


After dah settle cat & reno kitchen.so, semua perabot adalah baru beli.sebab kami sewa fully furnish dulu.so,agak juling tengok duit kwsp licin macam tu ja beli perabot ,kos reno ,pasang ekon & macam2 lagi lar.tapi berbaloi la hak milik kita kan.


Dry kitchen yang owner lama punya.tu bibik tengah cuci rumah.bukan bibik i olls.tapi, hire bibik on wheels.hehe.tak larat la nak cuci rumah hoi.dah la barang banyak.padahal kain baju jer pun.penuh lori 1 tonne tu ok.yang ada pintu tu la wet kitchen & tempat sidai kain.
Memang pitam la angkut barang dari pagi sampai pukul 11 malam baru settle.belum lagi mengemas.dah masuk tahun baru pun tak abis lagi kemas.+________+.


Nilah dia rupa wet kitchen.simple jer.kos reno ( wiring, plumbing,kitchen cabinet,table top,sliding window ) al-together RM 11,500.ok lar sebab ayah aku yang pantau semua price.dia memang terror bab bab ni.price tak termasuk hood & hod tu yer.yang tu beli dalam RM 1,300 jenis rubine.beli kat houz depot masa tengah promo ,dalam 1,000 mhz.


Rumah lama, apartment carlina yang best.time ni dah habis clearkan barang sendiri.
Perancangan Allah tu cantik la.sebab 1/10 tu kontrak kami dengan rumah lama pun tamat.after 2 years, sedih gak la.rumah kecik tu la kami duduk since kahwin.sempat la eryna membesar sampai setahun kat situ.

Tukar kereta

Selalu ,time membeli baru semua pun la nak rosak kan.since keta laki aku tu asik semput jer,ater dah berusia 9 tahun,so molek la kita let go.kami memang tunggu loan rumah lepas dulu baru tukar.so, dapat la juga tukar kan.lama menunggu.

Ni pun ada hikmah gak ni.masa tahun 2011 ,pernah dah attempt nak tukar.tapi masa tu pikir ok lah, beli second hand sudah la.kami pun usya vios time tu.baru lagi.owner perempuan.dah siap p rumah semua lar.sekali adik owner tu jual kat orang lain sebab kami terlambat sikit .padahal dah bayar la booking fees.

Sekali ,Allah plan untuk kami beli ja kereta baru terus.tak payah second2 ni.so,ada rezeki lebih, congak congak ,dapat la beli keta civic baru.ngam plak dapat time raya.beli la jenis 2.0 sebab kami kan nak balik jauh.sedap sket nak drive.


Aku masih setia ngan cik kelisa yang berusia 7 tahun.pun dah abis bayar.baru baru ni dapat car bonus shaklee bagi,belum terasa nak tukar pun.pakai je la dulu.dok elok lagi kan.

Besday eryna yang pertama di kampung

Tahun lepas ,besday eryna jatuh sehari sebelum raya , 0708 , so kami celebrate kt kg.family mertua ada la buat makan2 sket utk dia.untung nya anak mama ramai orang sayang yer.alhamdulillah.
Tahun 2012 ,masa dia lahir kan dalam pantang ,so raya ketiga tu buat akikah kat rumah my parents sekali dengan house warming rumah baru parents.so, mmg meriah la.tiap tahun meriah je la besday dia.


We love you eryna,semoga panjang umur, murah rezeki ,sentiasa dilindungi ,bijak pandai & dapat jodoh yang baik lagi henzem serta beriman nanti ( eh..) +__+.


Time ni dah start jalan dah.dah pandai panggil mama.abah tak berapa gheti.sekarang baru lancar sebut abah.

Bercuti KK & kuching.

Penutup tahun ,mengikut hasben kerja kat KK & kuching.save duit hotel ,bayar duit flight + sewa kereta sajer.mihmihmihmih.first time eryna naik flight.dia rileks jer.baca buku dalam flight lagi ha.


Deejavu di Kinabalu.bestttt..


Must take picture-tugu kuching.

Ok, itu sajer la cerita 2013.semoga 2014 akan membawa lebih extra happiness untuk kita semua.chaiyok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...