Friday, December 27, 2013

Pergi klinik gigi doc khairuddin

As salam.

Dah hujung tahun baru sibuk nak claim medical.pastu gelabah calling semua dentist nak book appointment.
Tahun lepas lupa nak claim ,tau tau dah habis tahun.so melepas la claim dental RM 500 & claim health RM 450.So, tahun ni saya berjanji akan habiskan jugak walau apa terjadi.

Kami ada feveret dentist kat shah alam.ni asben la yang promotekan klinik ni.memang best sebab dia jenis cool pastu buat pun slow jer.tak rasa la sakit eventho tengah palam.
Tapi, dentist ni ramai patients.kalau weekend tu jangan harap la yer.Orang dah buat appointment dulu ,lepas tu yang walk in pun ramai.
Dulu, klinik ni buruk jer.sekarang dah maju oo..klinik baru.tapi dekat tempat lama jugak.



Tak kol appointment pun takpe, datang je walk in sambil berdoa takde orang.hehehehe..


Sapa yang dok area shah alam dekat la.klinik ni kat seksyen 19.nama klinik "Pergigian Khairudin".
Landmark ,apa eh..kedai dobi la kot.klinik kat atas.dekat shoplots jer ni.

Dah la muka boleh tahan dentist ni,cakap pun slow jer.
Contoh kan, bila kita masuk ,nanti dia tanya la nak scalling je ke.pastu nanti dah baring kat kerusi tu,nanti dia cakap " ok,macam biasa ,kalau sakit ,angkat tangan ye,tak angkat saya tak tau"..gitew..soft spoken jer.buat kerja pun cermat..amboi,...pujian melambung.tapi ini memang diperakui.

Kebetulan sehari sebelum krismas tu opis bagi cuti ,jadi marilah pergi cuci gigi.Actually ,dah pernah ada rekod dengan dentist ni.time tu pregnant eryna ,so tak jadik palam kang takut contraction plak.
Ni,after 2 years baru nak datang scalling & palam.malu nya gigi dah karat.+________+.




Mula mula kol ,recep tu kata full.tapi asben ku cakap ,pegi ja.kita walk in .ada rezeki ada lar.so,makan dulu kat restoren azira seksyen 9 pastu baru ke sana.
Masa tu ada la patients tapi tak ramai.hari kerja kan.recep tu cakap ada orang dah book,tapi kalau orang tu tak datang aku boleh masuk.

So, kami decide tunggu jer.and rezeki jugak la, orang tu tak datang..hoyeahhhh !!!!
Dapat la jumpa doc khairudin tu.dia buat scalling & palam 2 tempat.
Lepas habis, dia cakap.seelok nya datang setiap 6 bulan.
Mesti dalam hati nak cakap,gigi dah hancus baru nak datang tau minah ni..hihihihi.
Baik doc, 6 bulan lagi saya datang.


Eryna plak tunggu kat luar.agak haru biru sebab aku keluar je bilik, tengok kasut dia dah kat depan pintu.
Tuan nya dah takder.upernya dia dah tak nak pakai.
Tu petanda nak buat onar la tu.
Time dia nak nenen.

Total haritu cuma RM 350 sajer.
Murah kan....memang murah compared to klinik gigi aku pernah pergi.paling penting dentist nya terbaik.
Sebab aku ni time sekolah asik kena cabut jer gigi.benci sangat bila dentist mai sekolah.
Mau dentist datang,aku selalu carik alasan nak ponteng.
Buruk sangat gigi aku kot,asal jumpa dentist mesti kena cabut,tak pun palam.-_________-.

Ok,esok nakpergi buat GE scan & pap smear.punya la nak habiskan claim kan.tulah, dulu gedik tak nak buat, ni dah nak habis tahun baru nak hegeh hegeh.
Korang pun mesti sama je kan.hehehhe..



Lepas tu deliver set pantang ni kat opis mate yang baru bersalin.#iklan shaklee sat#.
So, u olls kalau nak consultation apa2 jer produk shaklee ,leh contact i olls yer.


P/ S; SAYA BUKAN DOC GIGI KAT KLINIK TU, ATAU PEKERJA KAT KLINIK NI YER.I REVIEW SENDIRI JER NI.SILA CALL NO YANG ADA DEKAT SIGNBOARD KAT GAMBAR ATAS TU YER :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...