LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, December 4, 2013

Eryna's first flight experience.

As salam.

Hallo..fuh fuh..sejak ada dua blog nak kena menten ni,mesti ada yang tak ber update.terkejar2 nak update both.anyway.......haritu macam busy la sket.kita p KK & kuching.eh ,apa kata entry ke KK & kuching korang rujuk kota kinabalu ... ha,situ memang molek jer la aku cerita bagi tips segala.tapi,nak jugak gosip2 kat sini kan.sebab lagi seronok di sini.macam berada di rumah sendiri.gitew.

Aku & eryna menyibuk jer.yang outstesen nya laki aku lar.alang alang pecah kepala nak cuti kat mana ,maka sedang elok la kena ke KK ,pastu a week after that kuching.bilik hotel dah tentu tentu free.eh,tapi kat KK kami bayar excess amount sebab laki aku qualified RM 250 jer allowance hotel.but...still murah la.sebab hotel kat KK tu RM 301 gitu per nite.so ,kami pay RM 300 untuk excess 5 hari.

Aku nak bagi tips la sket untuk u olls yang nak bawak baby ( below 2 years naik flight ). tapi ini applicable to MAS jer la.sebab flite lain aku tak sure boleh ke tak macam ni.

After confirmed purchased tu, laju laju la kol call centre MAS.tujuan nya mintak seat for baby atau pun aisle seat. kalau MAS boeing tu row no 5 ( start from 5 A- 5 F )  untuk baby/aisle seat.kalau airbus tidak la pasti pulak, lum pernah naik airbus MAS.airbus emirates jer pernah.

Kalau tak mo kol pun takper ,sila lah bertabah nanti depa campak ko kat mana mana.leceh tau travel ngan baby ni.cos kalau baby tak selesa nanti asik nangis.tau la seat lain mesti sempit.so,kalau aisle seat ni luas.boleh lunjur lunjur kaki .tak la lenguh nak meriba lagi.bassinet memang ada.tapi kalau baby mau duduk la.eryna cuma mau duduk dalam bassinet tu after 1 hour flite jer.before tu, kejap atas riba aku ,kejap atas riba laki aku.kejap kat bawah lantai.nasib ruang besar.



Tempat luas gini ,so syiok la nak kemas kemas barang kan.

Oh yes,masa flite ke KK ,aku kan berdua jer ngan eryna.since laki aku kena pergi dulu.so aku kat tengah.di apit oleh mak budak baya eryna jugak & kat window mat salleh laki.uish aku dah nebes ,camne nak bfeed.eryna ni jenis asal aku duduk jer ..."nak nak" .jenuh la wei.pastu minah kat sebelah aku ni dah panas2.rupanya terpisah dari hasben.dia row sebelah.

Nak jadik drama lagi ,tetiba oksigen tempat we all tu ada 4 jer.sekarang kami ada 5 orang iaitu mak budak + baby ,aku,eryna & mat salleh.so salah sorang kena move tempat lain.dah poms tu tak nak.aku pun tak nak sebab nanti tempat kecik.finally depa jumpa tempat yang luas gak la iaitu kat window.so, that poms bangun.bengang giler dia kat MAS.so, yang duduk kat tempat dia ,ada la this kakak.so ,aku terus ajak mat salleh tu tukar tempat.aku kat window, akak tu kat tengah & mat salleh di hujung sana.nasib semua nya jenis tak kisah.


Rajin studi.ko bagi jer buku,konfirm aman hidup.


Masa flite balik from KK, laki aku tak dapat seat sama.dia dapat row lain.sebab nya laki aku nyer tiket purchased thru agent.co yang buatkan.so,tak dapat serial no.depa letak yang the nearest.and dapat la row 9.tapi aku dah planned, sesiapa saja sebelah aku mmg aku request tukar.hahahaha.

Lucky enough ,this guy nak tukar.aku pun tak paham kenapa depa arranged lelaki gagah perkasa kat tempat baby.but, call center ada  bagitau sebab depa ni beli seat.nak beli RM 20 jer.



Makan kek sepah.terpaksa umpan makanan.time ni masa nak ke kuching.flite pukul 8.20 pagi.



Ini dah suka sangat duk dalam ni.kejap bangun kejap baring.time dah nak landing baru nak lepak dalam ni.

And masa ke kuching pulak ,kami dapat dok sebelah.cuma time nak balik tak dapat.tapi tak jauh pun ,seat hasben aku kat belakang jer.pun lucky enough ,tetiba row 5 A -5 C kosong.mmg unbelievable sebab flite penuh.so,dah rezeki ,aku terus bagitau stewardess,boleh tak aku nak duk sana.tak nak duk yang sekarang sbb terpisah ngan laki ( macam ngade jer kan.tapi aku takmo la handle eryna alone.nanti nak makan susah.hehehehe ). 

So,priority to us lah.maka bersenang lenang kami kat row sebelah.eryna plak sebab letih sangat so,dia tidoq tak sedaq mana.dari take off ,sampai aku letak bassinet ,sampai landing ,sampai tunggu baggage, naik taxi sampai rumah.lega oooo.

And stroller boleh jer bawak naik atas.nanti time nak masuk flight lipat jer pastu pass kat abang yang tgh tunggu tu.kang nanti dia letak la kat tempat bagasi.takder la lenguh nak dokong budak.

Itu jer la tips nak nek flite yang dekat dengan baby.kalau flite jauh ,pun aku rasa elok la request seat dulu.jangan tunggu time check in baru nak mintak.memang dah full la masa tu.

Pengalaman aku masa naik flite jauh kan, kesian sangat baby ni baru 2 bulan camtu ,dapat pulak seat belakang.flite 12 jam tuh dari dubai nak ke JFK. aku sempat la sembang ,depa otw ke boston.ikut hasben buat phd.baru lepas pantang la kira.baby tu tak selesa kot.sian sangat la kena dokong jer.lama plak tu dia menangis jer.

Eh, tetiba takdak entry jalan jalan.nanti lah sambung ke entry lain..daaaaa....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...