Thursday, December 26, 2013

Dating berdua ngan cik eryna

As salam.

Weekend haritu dating berdua ngan cik eryna.selama ni memang tak pernah la kami keluar berdua ( setakat balik kerja naik keta sama sama tu tak kira sebab tak singgah mana mana ).
So ,haritu kami kena tinggal berdua kat umah sebab asben kena pergi penang.lama la jugak ,dalam 4 hari kot .sabtu baru dia gerak balik.
Mungkin dah terbiasa weekend mesti keluar ,eryna ni macam panas montot lak kat rumah ,kejap itu kejap ini.kang sat sat lagi mama..mama..apa pun tak boleh..

So, baiklah..kita siap2 keluar.ingat nak join kelas geng PAF kat empire.hari tu jugak la kami ada topik best tapi apakan daya ,ku tak sanggup nak drive alone with eryna pastu nanti kang dia berlari dalam kelas ,satu hal pulak ganggu orang nak amik ilmu.


Memula teman mama pergi poslaju barang kastemer dulu.orang kat poslaju sungai buloh memnag dah kenai dia.abis, everytime pos jer after opis, so memang la hangkut sekali.dia pulak kan peramah ,tapi dari jauh ja ,orang nak pegang sori la taknak dia.

Tempat terdekat yang boleh lepak adalah.....carefour kota damansara.hihihi..ok what ,skang ni dah ada playground utk budak budak.itu jer sebab bawak p situ pun.
Kalau nak sopink confirm la tidak.kang sopink ke mana ,eryna ke mana.
Mula mula kita makan dulu la..kat care4 ni dah lain dah ,tak sama ngan yang dulu.eh...skang nama dah tukar ,jadik Aeon BIG.dulu,tempat ni macam kena curse tau, semua pakat tuju Giant.padahal tempat ni lagi besaq dari sana, parking pun banyak.sekarang ni ok lah sikit dari dulu.
Aku selalu la mai sini ,nak makan sushi la selalu nya. >_<. dulu mana ada sushi king sini.kalau ada Johnys steamboat pun best jugak.konfem tiap2 minggu datang sini.tak payah susah susah p OU.



Ok lah,jadi kita makan dulu kat food court atas ni.
Tengok ada nasi ayam kota damansara ,so kita try.selalu nampak signboard kat seksyen 6 tapi tak pernah try.mula tu nak makan ani sup utara ,sekali moi ( bubur nasi ) belum masak.
Eryna memang suka nasi ayam ,bagi ngan sup dah settlle.



Sedap tau nasi ayam ni.ayam dia crispy.tak cukup sambal dia, so bangun lagi sekali refill sambal.hihihihi.



Nasi ayam warisan KD namanya.lepas ni boleh la try lagi sebab sedap.  :).
Banyak la jugak dia makan.eryna kan takmo kita suap kan.so, aku umpan jer la,bagi dia pinggan ,sudu pastu letak sikit la nasi buat syarat kan.
Kang nanti sambil dia nganga nak suap ,aku terus sumbat sumbat jer.cara macam tu dia ok.memang sepah la, tapi what to do.kang dia mengamuk lagi payah.

Eh ,kat rumah pun aku biar jer dia nak suap sendiri.sepah tu nak wat camne ,biar la dia belajar.itu pun kira milestones dia gak kan..sepah takpe, boleh jer kemas..mithali sangat i olss... +______+.



Dia suka benda alah ni.padahal ni kan mainan orang besar.takder orang laju la dia tuju situ.


Pastu nak berkawan.tapi budak tu bo layan.sian la pulak.eryna ni memang friendly, kalau nampak budak kan ,laju jer ..kakak..kakak...
Dia memang boleh sebut banyak vocab dah sekarang & so far memang aku paham sebab pelat dia tak teruk sangat.
Lain yang dia selalu sebut : ( selain mama & abah )
# cat
# betul.betul.betul ( pengaruh upin ipin )
# tie ( auntie depan rumah pengasuh )
# mak.ayah.adik ( family pengasuh )
# cut ( kasut )
# kai ( pakai )
# nak
# nanak ( sambil geleng )
# tik ( cantik )
# kai ( pakai )
# cu ( susu )

And apa lagi eh..banyak la jugak dia boleh sebut.




Pastu layan benda ni kejap..pastu, dia pergi balik la kat menan tu..aku pun tak tau nama dia..


Ha, terbaring terus ko.hiks hiks..
Pastu ,dah sejam elok la balik.
Kat sini depa charge ,20 mins RM 5 ,pastu every 5 mins RM 1 kot.ntah la tak ingat..

Then ,belikan dia balls.nanti nak beli khemah kat ikea bagi dia main dalam tu..
Murah jer balls ni ,tak sampai RM10 pun.beria sangat bawak balls dalam care4.
Terlebih excited.tapi aku tak bagi main semua.kang jenuh balls penuh dalam rumah.




Muka tak boleh blah kan..hihihihi..
Ok,itu saja la cerita dating berdua...ok jer sebab eryna ni kalau ada mainan dia boleh jer layan.
Tapi,still tak leh bawak shopping la,kang hilang anak aku mak sibuk fitting baju.kena ada en asben jugak...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...