Tuesday, November 12, 2013

Di hari lahir ku yang ke errr 32

As salam.

Selamat hari lahir.eh,ke selamat hari jadi.ada yang kata hari lahir la.kalau jadi ,tu dikira 9 bulan lepas.gitew.takper lah yang penting i is happy today dapat wish & also birthday gift * cough cough *.

Hari ni masuk lah fasa umur 32 tahun.biasa jer pun.hati muda.tak sabar nak kaya.poyo kan ayat.eh ,ini la impian ku.orang kata nak kaya bukan boleh bawak mati.tapi ,aku nak kaya untuk bekalan bawak ke mati.bekalan harmoni lah,gitew.banyak duit boleh berzakat lebih ,bagi family lebih ,sedekah.ha tu amalan nak bawak ke mati lah.ustajoh sangat pagi pagi cenggini.

Ok lah ,pagi tadi laki ai dah fly to kk.dia kan ada outstesen sana.insya allah jumaat ni aku & eryna akan menyibuk kan diri.berdoa lah semoga cuaca elok.aku dah plan nak p kundasang ,pastu nak p manukan island.harus la nak pakai kan eryna baju swimming.nama ajer rumah ada pool ,tapi tak pernah lagi kami bawak dia main main air kat situ.lalu jer la time p makan kat cafe tu ,tapi malas nak bawak.tengok dia kemain gedik tengok air,kang takmo kuar haru biru.

Pagi tadi kan, laki ai seprais kan pulak.auw.laki ai ni tak romentik pun.mula mula semalam p makan kat marche curve.aku pun tak sure tu pre besday dinner ke apa. ( amboi,nak pre pulak ) .since aku tak pernah masuk marche ,so kita try la tengok apa yang best.lepas makan ,kami usya baju swimming eryna tapi takder plak size dia.mother care pulak mahai sangat,lagi mahai dari swimming suit aku.kenot la like that.



Eh eh..besday sapa kah ini.enter frame jer tau.gini lah dier nyer kalau ada anak.belum lagi dia start tantrum nak turun.pastu dah bagi belon tetiba tak mo makan.pastu belon tu buat dip dip kat makanan we olls.



Bergambar kat toilet pun boleh.hahaha.cantik tempat nya.food biasa2 jer.baik ku makan chillis.


So ,semalam dah balik kemas2 luggage.laki aku bawak satu beg besar tu penuh baju kami 3 beranak.nak p sabah jer pun.nasib muat2.baju eryna la banyak.bawak baby kan mmg kena extra untuk dia saja.sampai pukul 2 pagi kemas .pastu sentap la sikit sebab laki aku dah kroh kroh tak wish pun.masa dinner tu pun takder pun wish.aku la feeling feeling pre besday.hahahahahaha.

Pastu ,dah abis kemas ,aku nak amik klip rambut kat katil ,pastu terperasan mcm ada something dalam selimut.angkat tengok ,eh....ada benda la. ( hepi kot masa ni )...tapi kita buat buat tak nampak.sebab nya aku kan baru bangun ,gosok gigi pun belum daaa..takat nak polok polok lak masyam2 gitu.kuikuikui..
After dah settle semua hal sendiri ,aku pun konon ni kemas2 katil la.laki aku plak tengah duk lock luggage dari bilik depan.dengar la dia panggil2.aku kan tgh nak eksited nak buat buat seprais.pastu ,angkat selimut.....................eh......takder ..mana kah hadiah aku,siap check2 almari kot sembunyi situ.amboi ,laki ai ni ,kat mana pulak dia sorok. aku rasa la kan ,laki aku p ubah sebab nya dia takut aku tak nampak .hahahahaha.

Aku ni bajet dia dah letak dalam kereta ( sebab pagi pagi laki aku akan bawak beg pam & susu eryna ke kereta aku ) ,so aku pun ok lar gitu..sekali aku kuar bilik ,taraaaa....ada atas meja makan.yeay !!!..yang ni memang terkezut.suka la laki aku berjaya sepraiskan ai.i lebiu sayang ......................( kasi chance la muntah darah sikit ).siap ada kad u olls.



Kad tu simple kan.tau berapa ? RM 20 .hahahaha.saper suruh amik cap hallmark.aku saspek laki aku ni nak cepat ,pastu dia sauk jer.sebab nya dia asyik cakap..ish mahal kad tu.derrrr +______+.

Tau nape aku teruja sangat.sebab laki aku ni bukan gheti buat buat gini.so, this is sweet la.seingat aku kan ,ada 2 kali dia pernah bagi bunga. ( ni pun seprais ) .first time masa bercinta la.itu kan standard.ni agak lawak jugak.sebab nya dia sorok bunga kat bonet.so ,masa drop aku after a second ,dia kol aku bagitau ,jangan masuk dulu.nak bagi barang.lawak kan...cuma aku tak bajet barang tu bunga larrrrr...


Bunga kejadian.yang first pun macam gini jugak ala ala.tapi yang first lagi banyakkkkk kuntum.ni dah kawin dah kurang la kan jumlah nyer....+______+.

Second time masa besday aku after kawin lar.siap bangun seawal pagi beli bunga.masa tu kan aku leh bengang bengang.sebab dah lah tak wish besday pastu kuar umah lamaaaa gila kot.masa tu hari sabtu pulak,kelaparan tau kat rumah.kata nak bekpes sesama.upernya dia p beli fresh flowers kat mana ntah.terharu ai tau...kikikiki.masa ni i was 1 or 2  week pregnant kot.pastu p celeb kat chillis OU.

Then ,besday selepas tu ,eryna pun dah lahir.hahah.cepat nya hai masa berlalu.tapi dah takder bunga.sebab nya laki aku kata bazir jer beli mahai mahai aku longgok jer dalam bilik sampai layu.abis ,nak suruh aku wat mende pun.letak la jadik bunga kering.pun sama makan kat chillis jugak.itu jer la tempat nak celebrate besday.dah fikir fikir tempat lain still nak p situ jugak.

So,tahun ni, ai dapat ni...



heheheh.actually ,dah lama aku nak perfume yang ni pulak.yang lama dah abis.haritu aku beli jenis cherry blossom.tapi bila bau yang hijau apple ni lagi sedap.pastu saja try beli versace punya.tapi tak longer last sebab edt.so,dapat ni ai is hepi lah..heheheheheh.

Hadiah untuk diri sendiri...
Jeng jeng..tu ha ,hanzebeg yang aku dah siap rasmi tu.best.cantik. MK jer pun.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...