LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, August 21, 2013

Selamat hari raya & besday si bam bam eryna

As salam.

Wah.berabuk tak hapdet blog.am so busy bee now.hari hari pun ngadap internet tapi seru nak update blog tu takder.lebih kepada bisnes Shaklee ku yang best itu.iklan jap ye.saya dah ada blog baru untuk bisnes shaklee ku ini.sila le jenguk MY BABY SHAKLEE untuk pertanyaan produk ataupun nak bersama sama buat bisnes bersama team saya.

Baiklah ,berbalik kepada hari raya. Alhamdulillah ,tahun ni beraya bertiga.tahun lepas ,beraya dalam pantang.masa tu hari ke 15.Eryna lahir sehari lepas Nuzul Quran.so kami sambut besday dia dulu masa 18 Ramadhan.hadiah nya adalah i pad murah untuk dia tengok tengok time boring.at first ,aku memang against habis habisan beli gadget untuk anak2 tapi akhirnya aku yang tertewas sebab cik eryna amat lah payah nak stand still dalam kereta.ada satu hari tu ,dia berdiri atas car seat pastu aku ter brek emergency & terhantuk plak kat dashboard.so ,terpaksa beli.tu pun boleh la dia bertahan dalam 30 mins.jadi lah dari dia meraung sepanjang jalan takmo duduk kan.



Lagu kegemaran dia " Old Macdonalds." bukak 100 kali pun takpa.selain dari "Alif ba ta".

Hari raya pulak.eh,terus jump ke raya.hihihi.kami balik sehari sebelum raya.tapi aku dah cuti hari isnin & selasa tu.since en asben tak dapat cuti ,so kami lepak je kat umah.hari selasa malam pas asben balik opis baru gerak balik.jalan tak jem langsung.yang jem sebab laki aku asik stop nak tidoq.last2 sebelum masuk tol Juru aku yang bawak sampai perlis.sempat la berbuka posa kat rumah masing masing.kikiki.aku buka posa kat umah ayah aku & asben kat umah abah dia.pas buka posa aku ikut dia balik umah parents nya since raya pertama tu mak mentua nazar nak buat makan makan untuk eryna.sedang elok plak besday nya sehari sebelum raya tu , 0708.


Hahahah.the only raya pic kami ada.ni pun amik kat rumah pukui 12 tgh malam.eryna dah nak terlelap dah tu.kihkih.dah agak time raya konfem tak bergambar sama.yang lain ko amik aku amik.nan hado.excited beraya kot.


Reunion dengan bestfren masa form 5.tiap tiap tahun mesti jumpa especially dgn Mizan.yang lain lain tu kejap tahun ni ada ,tahun depan takda.kali ni kami berlima.yang lain tak dapat di hubungi.hihihi.apa apa pun mmg syok sangat dapat jumpa.aku masak keoy teow jer.ni raya ke 3 dah ,jumpa kat umah ayah aku.

Raya ke 6 kami p langkawi.beli pinggan mangkuk.sat jer p pun, sehari jer.esok nya dah balik perlis.abis tu ,cuti 2 minggu pun ada dua rumah nak kena gilir2.so tak leh lama lama.payah satgi ada yang kecik hati.puas hati jugak la memborong kat Haji Ismail group.kompleks baru ja buka dekat dengan jeti langkawi tu.orang melayu buka ,so kita support depa la beli kat situ.some more kat idaman suri tu cam tak best ja.masuk kompeks tu best.besar & selesa.



Hasil borong kat sana.tak bukak pun lagi.tunggu rasmi masuk rumah baru.dah la tu ,tak tau plak yang kalau stay less than 48 hours kena tax .ciss sangat tak pasai2 kena tax okeh.boleh buat beli pinggan corelle lagi dua bijik.tu pun nasib aku cakap rega lain bukan rega beli.pastu depa bagi diskaun lagi.puiiii...so,sapa nak p sana ,time balik tu ,kalau kastam tanya duk brp hari ,jawab je 2 hari ka ,3 hari ka.konpem tak kena tax.pandai2 la bagi bukti hotel ka apa.

Apa lagi eh.itu je kot cerita raya.gambar pun dari phone kamera jer.ada anak kecik ni asik berebut tepon jer ,asal sempat je la amik gambaq kan.btw ,selamat hari raya semua.maaf zahir batin atas segala kekurangan.sapa buat open house jemput la ,konfem aku sampai ,insya allah.hehehe...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...