LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, June 21, 2013

Celebrate father's day kat Famous Thai shah alam

As salam.

Hari tu celebrate father's day.tak der dalam plan pun.tapi ada orang request.asyik sebut jer.eh,hari ni hari apa eh.hari apa eh.padahal............masa mother's day takdak celebrate pun.kejam kan.tapi,aku kan baik +_+ ,so, mari lah belanja makan.ikut selera tekak aku lah ye.hiks.


Ini ayah terbaik dalam dunia.kalau ayah ada kat sini,mesti aku dah ajak ayah kuaq makan.eh,masa mother's day takdak plak entry untuk mak aku yer.yelah ,sebab orang pun takdak celebrate kat aku,dah terlupa terus.eceh,macam nak menagih simpati pulak ko yer.>_<.

Semoga ayah sentiasa sihat, panjang umur & dimurahkan rezeki selalu.tak terbalas jasa ayah.masa adik ayah iaitu pakcik aku meninggal ,anak2 dia 3 orang semua ayah aku jaga.2 orang duk serumah dgn kami sampai depa masuk universiti.sebab ayah aku kata, dia adalah wali depa.jaga anak yatim besar pahala.sampai kenduri kawin sepupu aku pun ayah aku buatkan.moga Allah sentiasa merahmati ayah.

Dan, adik ipaq ayah iaitu pak ngah aku pun meninggal awal .ada anak 6 orang.pun ,depa dah anggap ayah aku macam ayah depa.sebab pak ngah aku kerja dgn sultan brunei & dok sana.anak2 semua dok perlis dgn mak ngah aku.cuti sekolah baru depa p brunei.jadi ,anything related dgn depa, memang kazen2 aku refer kat ayah aku sebab abah depa jauh.pastu ,pak ngah aku pun muda lagi dah meninggal,jadi ayah aku memang dah jadik macam ayah depa.sebab tu kazen2 aku sampai sekarang ,apa jadik pun mesti nak jumpa pak long dulu.ayah aku kan anak sulung.jadik ,anak sedara panggil pak long.ayah lah pendidik terhebat kami.

And ,hari ahad lepas ,since ayah takdak ,jadik celebrate abah kepada eryna aje lah ye.sebab tekak rasa nak makan benda2 masam,so aku nak p makan thai food.kat blog kak di ,dia selalu citer makan kat famous thai ni, so aku dah terliuq nak try jugak.


Suasana restoran.kat dalam Plaza Masalam ,sebelah concorde shah alam tu. kat tingkat 2 kot ,belah hujung sekali.ada kedai ala2 living quarters kat sebelah dia.sempat aku usya barang2 dapur.maklum lah,nak pindah katakan.tak sabaq nih.semua barang mesti baru sebab semua yang la barang tuan rumah.



Ini budak memang perlu something to distract her.if tak ,memang dia menjerit2 dalam tu,makan pun takmo dah.so,kita kasik straw supaya tak ganggu sesi pemakanan.sambil2 pantau ,kang terjolok rengkung jenuh.so far, dia gentel2 ajer straw tu.sambil2 aku suap kan pasta yang siap masak dulu kat umah.
As for now, eryna still makan apa yang aku masak & aku memang bagi bekal hari hari.susu pun still breast milk.alhamdulillah,rezeki eryna.


Tomyam campur small.cukup untuk 2 orang.habis sedut kuah.sedap kuah nya.cukup rasa, cuma ada la sket manis.kalau kurang manis, lagi umpph..but, dah cukup sedap dah tu.udang pun besar dapat,tu yang best.
Ada 2 jenis ,putih & merah.aku prefer merah.kalau putih ,kena sedap macam kat siam.teringat masa p phuket ,memang sedap betui tomyam putih nya.huish..meleleh tengah type nih.+____+.



Kangkung goreng belacan.memula order sayur pe ntah ,tak ader plak.so, amik yang ni.small jugak,pun sedap.tak la melampau rasa belacan.just nice.licin kami bedal.


Ikan kerapu tak tau masak apa..don't worry ,kalau nak order ,ada picture ,so just tunjuk jer.sedap nye.rangup.habis licin ratah sampai kepala.pelahap nya kan.yang mempelam kat atas tu pun sedap.ha, ingat dah ,ikan masak kerabu mangga.ker ??? kihkihkih.sesuka hati ja bagi tajuk.


Sotong goreng tepung.sedap.just nice.takdak istilah sotong tepung goreng.rangup.terbaik.
Order ngan air tembikai, makan time kebulur kes tak sarapan, memang habis licin .beras plak guna beras wangi siam.memang terbaik.maklum la,kat sini mana nak jumpa.rumah parents aku memang kami makan beras wangi siam ajer.terbaik okey rasanya .ingat nak balik perlis raya nanti nak bawak balik sini.

Overall ,semua sedap.price ,aku tak ingat.ikan tu ajer yang ingat. untuk portion 2 orang ,harga nya RM 50.total bills around RM 120.senang bagi range harga ,takdak lah nanti korang nak tanya lagi berapa harga.

The end.

p/s : Promo Mealshake masih ader, tinggal lagi seminggu jer lagi.lepas ni harga back to normal ok.ask me for special price.memang murah sangat.sangat bagus untuk anak-anak ,orang yang gastrik ,preggy mom, bfeed mom & pendek kata semua orang lah.aku hari2 sahur ,mesti mix ESP + Mealshake.pastu amik performance drink.insya allah ,bertenaga sampai waktu berbuka.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...