Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

As salam.

Dalam hidup aku ni memang banyak kaitan dengan cikgu.sebab nya , ayah sendri pun cikgu.tapi, dia tak mengajar.lama kot zaman2 dulu.bila naik ke JUSA ( entah apa grade untuk pegawai pendidikan ) ,so ayah berkhidmat sampai pencen dengan jawatan Penolong Pengetua kat sek syed alwi.

Aku tanya ayah ,awat tak jadik pengetua.ayah kata ,buat apa.dia tak mau.ada sebab dia bagi yang aku tak ingat.yang aku ingat dia kata gaji dia & elaun tak lebih tak kurang sama dgn pengetua.

Pastu ,akak sulung aku lecterur, husband dia pun sama.both mengajar kat tempat yang sama, cuma different fakulti.eh, tak boring ker asik kepit 24 jam.kehkehkeh.
Akak no 2 pun sama cikgu.teacher wati kat sek keramat ni.malam2 ajar tuisyen.ramai anak murid dia datang.dulu,masa aku tumpang dia, malam2 bila ada tuisyen boring sket la sebab takleh tengok tv.kihkih.pastu kena tolong tengokkan anak dia,tapi,selalu nya anak dia join sekali menyibuk ngan budak2.

Kazen2 aku ramai yang cikgu atau pun pensyarah,begitu juga bapak & mak menakan yang kebanyakan nya memang sampai pencen la berkhidmat as pengajar.

Aku memang tak layak pun jadik cikgu/pensyarah ni.sebab nya ,aku bukan gheti explain pun.ntah orang paham ke tidak.haha.plus ,sabar ke aku ni.silap2 ,students yang banyak songeh aku lantakkan aje situ.

Masa sek rendah ,aku admire teacher Salmah.cantik orangnya.ajar english, of cos la sebab tu panggil teacher kan.memang style ler cikgu ni.dia yang paling cun ,slim.ajar english pun best.
Bila sek men ,takdak specific cikgu yang aku suka pun.tukar2.ada aku suka sebab cantik macam teacher ismaizah , cikgu rozihan. ada tu aku suka sebab baik macam cikgu rahizan ,cikgu mahizan.

Aha, teringat nostalgia ,dengan ustaz baihaqi ( arwah ).ustaz memang best gila ajar arab.arwah ajar masa form 5, bahasa arab tinggi.dia give up ngan kelas aku sebab result arab selalu hampeh.wife dia cun ,ustazah siti hawa.ni pun aku suka.ajar syariah.aku dapat A2 kot paper tu.hihihi.

Ustaz baihaqi ni slalu bising sebab kitaorg ( atau aku saja kot ) ,asik main2 dalam kelas.dia selalu sound " hampa ni,kalau aku suh fudzla ajaq, baru hampa tau ".oh yes, ustazah fudzla ni garang ,ajar arab tinggi kelas sebelah.
Last2 masa spm, arwah bagi soklan bocor.kikiki.tapi, satu je la.dia bagi 5 tajuk karangan yang akan kuar dalam spm ,salah satu je akan kuar.so,aku ni kan pemalas plus tak gheti2 arab ,so aku hapal semua.kahkah.jadik, bila kuar, aku rasa esei aku lintang pukang.dah bercampur2 dah kot.tapi, aku tetap dapat C5.hahaha.

Masuk uni ,semua lecterur aku dpt best.terbaik.
Tapi,paling kamceng masa buat acca kat uitm shah alam.lecterur tax, Prof Madya Pn Faridah Ahmad.tanya dia, semua orang kenai,semua student sayang.best gila kot.sampai sekarang still kontek2 kat FB.

Apa apa pun ,selamat hari guru buat warga pendidik.korang lah yang the best :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...