LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, May 31, 2013

Review " George Foreman" grill

As salam.

Salam jumaat semua.apa plan weekend ?eheh...
Pagi pagi lagi dah sibuk nak review makanan.sebab nya tengah semangat nak cter pasal grill best yang baru di beli bulan lepas.memang best.ceh, padahal baru semalam kot try guna.
Ok, citer nya begini.aku memang dok nak beli "happy pan" yang ada pic ikan tu.sebab tgk rata2 review kata best ,cepat masak, ayam tender ,juicy bla bla.so,sangat la sesuai untuk aku yang nak cepat jer makanan tu masak.abis tu,masak dalam oven ,ayam masak ,but, isi macam keras sket kt dalam sebab dah kering.

Jadi ,ku tanya kwn yang beli happy pan ni.dia cakap ,ok lah ,but bila nak basuh kena sental.susah nak kuar.memula ok ,lama2 selalu guna, lemak bertakung kat dalam.lebih kurang camtu la dia kata.pastu she suggested to buy "George Foreman" .Apakah ? dengar pun tak pernah.hahahaha.
Dia bagitau ,best giller sebab dah la hebat grill tu ,cepat pulak tu.food semua healthy sebab lemak memang kuar habis yet isi kat dalam still juicy.dia bagitau ,grill tu siap dia guna untuk bbq banyak2.

Ok,baiklah.maka marilah kita men'goggle' en george itu.but, tak banyak review sebab rata2 org kat mesia ni guna happy pan kot.but, kat oversea ,femes amos benda alah ni.and all gaves good review.lagi la acik tak sabar.aku ni bukan boleh ,nak tu kena cepat.kalau tak,siap bawak ke mimpi duk panggil en george.acaner tuh +_______+.




Inilah rupa GF grill ni.hensem kan...hitam menawan gitu.ok ,GF grill ni ada banyak type.antara nya GF 2 portion, 4,5 ,6, smpai xtau la berapa portion.kwn aku tu beli yang paling besaq kot.sebab dia kata sekali grill boleh banyak keping letak lamb.

Yang aku beli ni jenis 4 portion.just nice untuk small family macam aku nih.memula nak beli yang 2 portion ,tapi tetiba harga 2 portion beza sket jer dgn 4 portion plus orang tu kata 2 portion is too small.so,ok lah beli yang 4 terus.
GF ni dari UK kot tak silap aku.ada la signature si george ni kat belakang kotak tu.upernya dia adalah femes  chef.tapi tak seglemer Jamie Oliver kot ,sebab aku tak kenai.boleh ?? kui kui kui..
Jadi ,barang2 gini ,as usual kalau nak beli kat sini ,konfem tahap cekik darah.jadik marilah kita pre-order.tunggu la 3,4 bulan baru dapat.

If  tefal seksi tu aku beli kat Barang Oversea , kali ni kita bagi chance kat satu lagi page yang can be trusted la depa jual barang2 dari oversea., iaitu Barang murah UK .banyakkk ok barang dari UK depa bawak masuk.berkontena sekali bawak.so, aku nasihat kan kenal pasti apa barang yang nak ,bila depa bukak pre-order p lagi mesej kata nak.depa akan mintak depo ,selalu boleh installment 3x sebab nya barang tu pun di ETA dalam masa 3 bulan.





Harga wise , between these two page ,lebih kurang jer.boleh di katakan almost the same.cuma orang yang juai tu berbeza.aku beli tefal kat barang oversea sebab dia ada ready stock.yang kat barang murah beli GF sebab barang oversea dah closed pre-order masa tu.so, pandai2 la korang tengok mana berkenan.
Nasihat aku ,jangan histeria sudah tengok banyak giler kitchen appliances yang best dapat rega yang way cheaper than jual kat sini.kang semua ko p beli.jangan nak salahkan aku pulak. >_<.

Eh ,panjang pulak citer ,macam promote depa pulak.ni free review jer.aku pun tak kenal depa ni,kawan aku yang biasa beli sini, dia yang sajes.aku ni takut gak nak percaya barang2 gini.kang dia hantar batu how ?
Harga GF ni RM 290.since aku cash on delivery ,so, pick up kat umah ,takyah bayar dah extra charges.




Ni rupa kat dalam.eh, gambar tak leh rotate.hewhew.untuk size ni can fit 4 ketui ayam ,sosej2 yang kecik & potato.aku dah try semalam dah.kira untuk 2 orang makan boleh lah. tapi ,kalau makan tak banyak ,boleh fit tuk 4 orang.well, umah aku kan ada 2 gergasi ,so mana gheti makan sket sket +________+.

Jadi ,mari kita test resipi yang aku sesuka hati buat.semalam marinade ayam dengan sos black pepper ,sos bbq ,tabur rosemary ,parsley done.sprinkle sket black pepper crush.untuk ni aku beli jenis "Marcomick" .senang ,just sprinkle sprinkle jer.





Ayam dah siap marinade.pastu side dish ada sosej mushroom & crinkle fries.amboi, banyak sungguh, semua benda nak makan.+__________+.
Crinkle fries tu goreng la, tak best la semua nak sumbat dalam tu.baru rangup krup krap krup krap.




See, banyak kan boleh sumbat semua. oh ya, sebelum nak guna ,for first timer kan, lap2 manja jer griller tu.guna warm cloth ajer.pastu pre-heat dulu.aku letak virgin oil sket masa nak pre-heat.ada lampu kat atas tu ,so, lampu dah off boleh lah susun2 makanan.
griller ni parallel ke bawah sket tau ,so ,jgn nak konpius ,eh ,awat macam nak terjatuh ke, or eh ,awat licin.kakakak.tu semua aku lah tu.peghakkkk.plus grill ni tak tutup rapat ,just tutup gitu jer.memula aku pun konpius, eh, gemok sangat ke ayam ni ,tembun sangat ke potato tu sebab tak tutup rapat.upernya memang gitu.dah nama pun grill senahhhhhh..

So,bila dah masak ,lampu pun off.boleh la amik.aku masa memula tu ,duk la asyik bukak tutup dok check.alih kot ni, alih kot sana.ish..peghak sungguh lah.seelok nya ,letak tu kang biar si george grill kan.jangan nak sebok2.sambil2 tu boleh goreng fries, basuh pinggan mangkuk, mandi bagai.




Nampak plate kat bawah tu.itu minyak2 lemak tu semua wash out tolak ke situ.plate tu boleh remove & adjust.separate.kalau hilang ,pandai2 la cari benda apa nak kaver lelemak tu.so,nampak tak healthy di situ.cececee.padahal makan bak raksasa, tetap menimbun lemak.



Tadaaa...dah siap dah.walaupun hitam legam ,but, i tell u ,sedap ok.juicy lagi.memang kering ,tapi seriously still rasa tender tu.serap semua bahan dalam tu.sosej tu pun sedap ,potato masak lembut.auw..sedap ok.takyah nak ber gravy bagai ,dah cukup laki ku kata.
In 10 minutes dah settle makan,sambil2 layan Mama mama Mia.comey sangat kan citer tu.abis, dah orang yang berlakon pun comey2.

Nak basuh pun senang sangat tau.basuh guna pencuci pinggan biasa tu,bukan la yang jenis besi dawai macam nak tonyoh vontots periuk tu.sponge biasa tu,yang kerak2 tu senang giller tanggal plus takdak risiko nak tergores ke aper.best.terbaik.pilihan yang bijoks.pasni nak masak pakai grill ajer.senang kerja ku.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...