Thursday, May 30, 2013

Cerita weekend & cuti wesak

As salam.

Weekend hari tu ,aku lepak2 umah.masak makanan eryna.tapi ,petang tetap keluar.haha.aku memang tak gheti duk umah.panas vontots kot.
Since dah lama tak masak ,sebab malam2 selalu beli ajer after opis ,so ,marilah kita insap masak kejap.
Hari tu kan cuti lama.So, hari jumaat tu sempat la aku masak lauk sekali ngan makanan eryna.kang malam bila dah sejuk ,baru blend makanan si bam bam itu.




Masak gulai ayam dgn potato ,ikan pekasam & sayur kubis.ohnomnom..
Jom tengok pekasam lagi sekali.yang tak kenai atau pun tahu apa itu pekasam.memang tak rock la hampa.ni terbaik dari perlis ni.pekasam pak lah nama dia.glemer nih.ni memang betui2 pekasam sebab aku pun tak sure berapa kurun dok bertapa dalam fridge,sebab request dari tekak kampung laki aku tuh ,aku goreng la jugak.pekasam ada expired ke eh..+_____+.




Ikan pekasam itu, yang ni budak masham.tak mandi2.weekend selalu mandi lambat.memang pemalas la mama eryna ni kan.budak masham ni suka menyibuk ,orang makan eskrem ,dia pun nak.so kita bagi makan eksrem kon sudah la ye.
Abis setengah ok dia gigit benda alah tu.huhuhu.tulah dia habuan kalau nak distract dia dari mengacau aku kat dapur.lama2 makin tembun la eryna. >_<. Its not good ok ,so aku dah beli biskut baby, less salt & sugar.ni nama dia edisi desperate ,bagi je lah habuan dia buat main.


Paha tuuuuuu..gigit baru tauu.........


Pastu, terus masak food eryna.stok makanan dah makin susut.
Kali ni masak pasta la pulak.kan hari tu aku ada bagitau eryna allergik to wheat kan.tapi, tak la banyak.akan tumbuh macam rashes la kalau dia allergik. mild saja kan.
Memula ,pikir gak ,perlu ka aku masak baby pasta tu.masa beli ,tak tengok ingredients ,terlupa plak ada wheat.sayang lak tak masak kan.so, aku try la tengok if her body can tolerant.maka ,chicken yang masih berbaki tu ,aku masukkan dalam pasta.senang actually ,masak asing2 letak dalam kiub.sebab boleh improvise macam2 masakan.kena kreatif sket la.satgi anak pun jemu makan benda yang sama kan.


Baby pasta ni boleh di beli kat jasko ,baby section. RM 5.90 sahaja.


bentuk bintang2.comey sangat kan.holoh holoh.

 Cara masak seperti di bawah ye :


Panaskan air dahulu. biar dah mengelegak baru letak pasta.lagi cepat masak.
Untuk 2 kali makan, bubuh 5 sudu besar pasta.so, boleh la makan pagi dgn petang sekali.pasta ni aku tak buat stok masak sesiap macam nasik sebab macam tak konfiden ja, takut basi.pasta ni lain sket.nasi boleh la masak banyak2 untuk stok 3-4 hari.

pasta dah gebu2 masak.kecik je pun.besar sket la dari butir nasi.ibarat dua ketui nasi ,sebijik pasta star.



 Bahan untuk tumis :

- sedikit olive oil untuk tumis dgn bawang putih.
- dice tomato ,chicken cube.semua masuk je.
- last masuk kan pasta & cheese.
- siap plus sedap ooo.aku pun makan sket.kihkihkih.

Add caption
Bekal eryna untuk bawak jalan2 hari weekend.habis ok dia makan.sedap katanya..hiks.

Dan ,macam biasa ,mesti ada sayur .kali ni kukus labu jepun & sweet potato beli kat cameron haritu.banyak ni boleh la buat stok untuk 2 minggu.feveret eryna ni.pastu asal tonggek ,prot prot kentut.nasib tak busuk.kahkah.


Add caption


And lauk tambahan ,kali ni beli ikan merah.buat tumis dengan tomato.letak bunga lawang sket,cengkih tak kasi bau.masa nak blend sila la buang kayu2 tu semua.make sure tulang pun tadek ye.tercekik pulak nanti.
Ikan sebelah gini boleh la last for 1 week plus.sebab nya selang2 dengan chicken kan.

Pasni ,nak beli daging pulak.buat nasi daging ke or pasta.
Pasni ,nak buat sup ajer.since tak berani nak bagi bulat2 food tu takut dia tercekik, so macam tak feel nak buat soup ,pastu at d end of the day ,blend pulak.cam tak best jer.

Oh yes, bayi 9 bulan ke atas & ada gigi baru start pasta.eryna dah ada 4 batang gigi & dah nak masuk 10 bukan ,so, dah ok sangat.ngap ngap jer pasta tu ,dia pandai kunyah ,so takyah blend dah.
Blenda sayur pun dah boleh kasar2 dah.nanti kang dia malas kunyah pulak kalau asyik blend ajer kan.


ikan merah masak tumis.

Yang ni hari sabtu, makan luar.malas masak la tu kan.haha.ekceli ada hal kat shah alam ,so kuar awal sket la lunch sekali *alasan*.
Ni makan kat kedai hutan kampung ke ayam kampung ntah.kat laman seri seksyen 13.best sini.lauk pauk semua sedap.ayam tu memang ayam kampung ler.harga seketui tu RM 4 kot rasa nya.kena p awal ,kalau p after 2 pm ,tengok bekas lauk ajer la ye.semua lauk licin.

Add caption
Aku kalau makan sini ,suka amik ayam kampung ,nangka masak lemak & ikan bilis goreng sambal garing.sedap ok.seketui ayam tak cukup ,so, kena amik lagi seketui la.abis, ayam cap modeliing kot ,kurus sangat.mana cukup seketui...

Ada lagi satu kedai ayam kampung yang best ,tu pun aku selalu pi.ala2 restoren ni jugak.kat seksyen 6 kota damansara, dekat restoren Subaidah seksyen 6..pun sama sedap.pun sama je makanan depa masak.agak nya orang yang sama kot.dah la nama nak dekat sama, masakan sama ,rasa pun lebih kurang jer.


Add caption
Yang ni hari ahad ,makan kat food court OU, the republic.kalau pi sini ,mesti makan bento.kali ni pilih soft shell crab.murah pulak tu. RM 15.90 & sedap.mana nak dapat murah gini kalau kat restoren sushi kan.
Amboi, terliur2 tengok bento ni tau.




Pastu jalan2 terbeli legging & dress untuk eryna.kenot tahan la tengok baju & dress baby girl ni.semua pun rasa nak beli.ni beli kat Mom's care ikano.eh, tadi kat OU , ni Ikano pulak dah.well, begitulah hendak nya ,kami ni memang suka hati sket.boleh berada di 10 tempat dalam hari yang sama. >_<.



Yang ni beli kat fabolous mom TTDI. aku memang selalu pi sini.kekadang beli online.bra kelly tu memang best.cap  autumnz pun ada beli ,tapi tak best.so, beli kelly ajer.tengah sale, tinggal RM 27.95 ajer.
Pastu ,beli botol susu storage 3 botol ,pun sale RM 10.90.untuk store susu cik eryna bam bam la.


And last ,p Ikea ,tengah cari idea nak deko rumah.aku paling suka yang ni sebab wet kitchen aku sebijik macam ni.keluasan pun lebih kurang.maklum la, bakal rumah kami tu bukan landed house ,so tempat laundry pun boleh jadik dapur sekali.
Aku dah khas tuk wet kitchen kat luar sebab takmo masak nanti berbau kat living hall.so, dry kitchen tu untuk basuh pinggan mangkuk saja ,botol susu eryna & buat2 air sajer.cuma ,leceh nya bila wet kitchen kat tempat laundry ,nak sidai kain kena after masak lah.kalau tak, kang bau pulak kain baju.eventho ada hose tu ,still bau akan stay jugak.so,dah dapat la konsep nak buat reno nanti.



Ok, itu saja entry yang maha panjang.syok cuti 3 hari ,banyak masa boleh spend ngan family.masuk keja hari isnin pun takdak lah nak monday blues bagai.amboi ,mengada sangat nak blues blues bagai ye.

And ,hari weekend tu jugak aku banyak terserempak ngan retis.amboi ,kawan aku kata ,aura retis la aku ni.asyik jumpa artis ajer.hiks.
Mula2 jumpa sharifah zarina penyanyi langit ke tujuh tu dalam baby room.siap borak2 macam kawan2 ko.cter pasal anak2.dia dah ada 3 org anak.besar2 dah.yang no 3 tu baru umo 3 tahun.yang tu ajer ikut muka dia.yang 2 lagi tu muka asben.peramah betui la dia.tapi ,aku pretend konon aku tak tau dia penyanyi.amboi, rileks je ok sembang2.sekali ada akak tu masuk lepas sharifah zarina ni blah ,siap tanya aku " kawan ke ? tu sharifah zarina kan"..amboi akak ,tak sempat nak salin anak tu.hiks.

Pastu ,jumpa rozita sendayu tinggi tu.pun cantik.tengah tolak stroller baby dia.pakai purdah ko.still nampak muka dia yang cantik tu.tak heavy mekap.
Paling best ,masa kat ikea, laki ku queue nak beli food ,lisa & yusri kat depan.aku dah gediks nak p amik pic ok ,tapi laki aku kata org semua buat rileks jer.aku pernah jumpa lisa ni ngan mak dia kat klcc.comeyyyy sangat ok.muka baby face sangat.tak mekap.tak pucat pun muka dia.fresh ajer.nasib aku tak terserempak ngan dia lagi ,kalau tak memang aku mintak laki aku amikkan pic aku dengan depa tau.

And last ,nampak ako mustapha tengah kejar anak dia.hahahah.comey sangat ok.ako dah gemuk sket skang ni.so, bila main kejar2 dgn anak tu, macam holoh holoh holoh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...