Tuesday, April 23, 2013

Eryna dan solid food nyer

As salam.


Cik eryna sudah nak masuk 9 bulan.aku saspek berat dia dah 9 kg atau lebih.macam berat je sejak makan nih. And sapa cakap baby start makan susu dia kurang ??? saper saper.......
Tidak buat diri ku. malah bertambah ada lah.

2 minggu lepas kot, akak babysitter bagitau ,macam tak cukup ja susu aku bagi tu.selama ni aku bagi 5 botol x 3 oz.semua licin.sejak makan, aku bekal nasi tuk lunch & dinner. pun licinnnnn...sedap sangat ka eryna oiii..

Jadi, start dia kata tak cukup ,maka aku bagi 4 oz instead of 3 oz.kena lah gigih mengepam 20-25 oz sehari kalau tak ,tak dapat nak simpan stok.ni pun stok lajuuu jer kuar.masuk nyer idok.
Puasa ganti pun belum nih.ada lagi 19 hari.huwaaaa...

So far ,makanan eryna tak ler memacam.aku tak berapa berani bagi yang bukan2 sebab tau dia allergik.
Hari tu kan masa p demc , paed dah bagi 3 jenis ubat sebab dia slalu batuk kan.pastu ada kahak sket.now dah takder.so,aku pun dah lama stop ubat2 tu semua.

Food dia so far yang aku dah buat :

- puree sweet potato - suka giler kot. siap berak baik punyer
- puree brokoli + cauliflower
- puree labu + buah pear
- ayam campur karot
- salmon 

So, hari2 bekal aku bagi nasi + lauk + sayur. Ada 2 type lah kira nya. kekdg chic + labu. kekdg salmon + brokoli.macam chic tu ,aku masak tuk 2 weeks terus.letak kat fridge.
Salmon sebelah tu tahan la tuk seminggu lebih.senang la jugak kerja kan.


kukus labu + pear

Selama ni kan,aku suka rebus sayur .konon nak mudah + cepat. tapi, of cos khasiat kurang compared to kukus.so,aku try kukus. lagi cepat.plus wangi jer. lagi senang nak blend.
Aku malas nak bawak kuaq bekas kukus tu saja.sebab tu bila nak kukus hari tu ,siap ada macam2 binatang halus muncul.dah kena basuh bekas tu balik.
Ni pun hadiah kahwin .kalau tak, bila la aku nak guna kan.bagus betul.

Cara : potong labu + pear kecik2 ,pastu kukus dalam 30 mins.tunggu sejuk ,blend.

salmon
Cara masak salmon :

Potong kecik2 salmon.careful ngan tulang2 salmon tu.tercekik karang.
Tumis bawang putih dgn olive oil. masuk kan salmon ,kacau, masuk susu.aku guna fresh milk.
Aku pernah guna breastmilk hari tu,tapi macam tak best ja bau dia.haha.so, tukaq lah.

Siap masak,blend..eryna suka sesangat salmon..kelas jah !!!


ayam with karot

Cara masak ayam :

Tumis ngan bawang putih ( again with olive oil ).
Letak stok ayam ,masuk karot. masuk ayam.done. blend halus bila sejuk.



bekal eryna hari2 macam ni lah

Belah kanan , 2 kiub bubur + salmon + brokoli.
Belah kiri , 2 kiub bubur + chic + labu

1 kiub = 1 oz .so, total 4 oz servings per session.haha.calculative sangat aku nih.


Ni bentuk kiub tu.

Kiub tu aku beli kat fabolos mum kat TTDI sana.murah sajer.dalam RM 19 kot.aku beli seketui sajer.jadi ,bila dah beku ,aku masukkan dalam tupperware letak dalam fridge.tak yah bazir beli banyak2 buat semak jer.unless ada extra space takper kot.

Ni pulak stok ayam yang aku buat untuk memudah kan kerja.hehe..tahan la 3 bulan letak dalam fridge atas.





Cara nak buat stok ayam :

Ayam 1/2 ekoq rebus dalam 3 jam.letak sup bunjut bagi hilang bau.siappp..

Oh ye, berapa ekoq nak rebus ikut la ye.aku buat half pun dah dapat banyak.fridge aku tu dah nak muntah dengan susu eryna, now solid food dia pulak...takpa lah demi si bam bam.

Dan....ini lah muka budak notty nih..



Dia tak suka food feeder tu.dia memain jer.aku letak mempelam dia tak suker.dia picit2 sampai abis terkeluaq.sabaq je la.last2 aku yang makan pelam tu.haha.

So,itu lah saja citer terbaru.aku pun masak bila dah abis.ni dah kering idea tak tau nak masak apa dah.haha.pemalas nih.
Yang penting buat aku excited nak masak tu sebab eryna suka makan.hehe.macam tu lah anak mama busyukkk kan..nanti mama cari apa lagi resipi best.kalau tak, ulang2 la makan resipi yang sama no.-_____-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...