LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, March 7, 2013

Si budak masam sudah 7 bulan

As salam.


Alhamdulillah..7 bulan sudah si shembams hari ini.sudah besaq anak mama ni.
Lag 5 bulan nak masuk setahun.petanda nya mama kena cepat2 ganti puasa.sebab nya birthday Eryna jatuh pada hari raya & puasa lagi 19 hari belum berganti.+______+

Pagi tadi bawak eryna p klinik chua macam biasa.sebab kesian batuk tak habis lagi.kahak macam ada tapi ntah kenapa liat sangat nak keluaq.
Eryna kena flue jugak which doc cakap kahak tu actually came out from hingus jugak bila dia bersin.



Am a big girl todayyyyyyyyyy


Eryna macam biasa bukan reti duk diam.nasib datang awal klinik.kui 845 dah terpacak kat situ.dapat turn no 2 sebab ada kakak tu sampai dulu.Akak tu,masa aku sampai,dia masuk balik dlm keta sebab klinik tak buka.aku pun lepak jugak dlm keta .pastu,bila nampak 'open' ja, kelam kabut turun.agak nya dia takut aku berlari chop kot.aku tak kisah pun.dah datang later, kena la tunggu ye dok.

Kejap je dapat masuk jumpa Dr Chua yang friendly tu.aku menten mai sini saja.senang dia ada history ubat apa yang dia dah prescribed.untuk injection ,aku still on Dr Koshi kat demc.sebab rekod cucuk semua kat sana.

Model shaklee mama

Sebab eryna tak reti duk diam ,dan toys semua dalam keta, jadi aku bagi dia main botol omega tu.dia macam biasa ,semua masuk mulut pun.sabaq ja la shembams.-___________-.

Kahak doc kata dah kurang,still ada.so,neb lah jawab nya.bagi loosen sket.eryna suka ja kena neb.dia rilex ja kat situ sampai abis.Pastu cek balik, dah ok,boleh balik.
Aku cuak gak takut la kan kena bronchitis.seram dengar kalau baby kena batuk,kahak ,selesema lama.eryna plak on off. tapi dia memang tak demam.So,dc chua bagi tau tak yah risau.eryna still mild.
Cepat la sembuh wahai shembams.tak suka la on off gitu.huhu.

Update 7 months pulak.
Berat : 8.4 kg .tak berubah since 5 months.sebab nya dia kan dah melasak.asal letak ja terus meniarap.tapi,tetap debab la..semangat..haha..

Apa dah pandai ?
- duduk sendiri
- merangkak
- meniarap dengan pro
- pandai buat bunyi tiru kita
- pandai bye bye dah.comel ja time antaq pengasuh dia bye bye.siap ada bunyi "shy shy"..
- tau nama dia eryna.bila panggil eryna ,dia respons, but panggil farah...tak respons..huhu.ini lah akibat ada dua nama, tapi duk panggil nama belakang saja.

Yang lain lain macam biasa.sekarang ni asik 'mengemas' ja kerja dia.umah dah macam tongkang pecah.anak baru sorang dah gelabah kan.haha.
Dan ,yes,eryna belum makan.aku ni bukan la kiasu takmo introduce solid food.tapi,since dia pun asik batuk, so aku postpone ja.bagi dia susu badan dulu puas2.
Paed aku pun dah sound.apa yang tak sabaq nak bagi makan.sedangkan dia ada seumur hidup untuk makan nanti.betui gak apa dia kata kan.bukan semua orang ada rezki dapat fully bfeed, jadi dia kata not to worry.

Aku tak risau apa,cuma malas nak jawab soklan mak aku,bila nak bagi dia rasa makanan.bbsitter tu pun asik la bagitau ,kesian tgk eryna terliuq tengok orang makan.tapi, aku buat bodo ja.aku cakap ja, kat umah makan.nanti aku masak kan.hihi..senang tak yah bersoal jawab sangat.



si shembams taiko

Tabiat dia yang aku geram tu..suka sangat garu kepala.parut penuh ok kepala dia.siap berdarah kalau garu tu.penat nak potong kuku,pun tak dak beza.
Sebab nya ..salah aku gak kot.dia kan ada mild ekzema.aku mana pantang makan.kihkih..nasib la eryna.selagi takdak spot teruk ,ok la kot.letak krim sket2.

So far, kulit dia yang kering tu dah moist.aku rasa one of the reason sebab makan Alfafa shaklee serius,dulu obvious sangat kulit dia kering kat lutut & lengan but now alhamdulillah moist.memang licin.
Selain dari untuk bantu boost susu, Alfafa sesuai untuk kesihatan dalaman wanita & masalah allergi macam ekzema.

Kepada baby masam mama yang shembams..semoga sihat sentiasa & di berkati Allah sentiasa...amin..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...