Monday, March 4, 2013

Merayap di hari minggu

As salam.


Macam biasa ,weekend adalah hari merayap. Sesak dada duk umah.boleh ???
Hari Sabtu p keramat .dah lah hari biasa pun asik p keramat sebab antaq eryna kat bbsitter. Sebab my sis yang sulung tu nak mai. Dia ni nama saja yang sulung, tapi pakat panggil kakcik instead of kaklong.
Terikut sebab kazen semua panggil dia kakcik.

So,niat nak memasak di hari weekend pun tak jadik. Alang2 ke key ell, so singgah makan nasi lemak royale dulu kat Tiara Duta ,Ampang. pernah review kat sini jugak .
Pastu ,lepak2 keramat sampai malam.
Esok nya ,baru plan nak masak, tetiba en asben ajak jumpa kawan dia pulak.
Mula2 kata nak mai umah.tapi ,kat umah takde benda nak masak.
Ada la ayam, udang ,but sos ,kicap semua takde.hatta nak masak bihun semua segala mak nenek takdak.

Tetiba ,tukar plan.ajak jumpa kat Ikea.sekali masuk Ikea ,boleh plak dalam jem tu ,terjumpa ngan kawan dia.so,last2 parking tepi.say hi goodbye ja.depa dah nak balik perlis.
Aku plak nak jumpa member nak kasi set pantang Shaklee.member masa sek men dulu.so far, customer 
( puiii ) mmg kawan sek ,be it sek ren atau sek men & kawan uni lah.selain member2 opis.

Masa tu pukul 2 pm ,takkan aku nak p umah orang time ni pulak kan.sudah lah lapaq menggila ni.
Jadi, kita makan dulu .sekali lagi p makan kat Restoran Muslim Abdullah Chan kat kelana jaya.
Aku rasa ,dengan tekak aku ni, mmg ni lah restoran chinese muslim yang lepas piawaian tekak aku.
Tak leh lawan la setakat shahrin low ka ,mat chan, eh sapa ka nama lagi ntah.

Restoren ni dekat dgn Giant KJ tu. senang nak parking.lagi senang.servis pun cepat plus bersih.
Aku order set nasi putih ngan ayam kong pau.
Asben plak set nasi putih ngan ayam koeng heow ??? *seriously aku tak ingat apakah nama ayam itu* -__-.






Makan berdua kedai gini memang leceh sket sebab kalau nak berhidang bagai ,portion besaq nak mamps.
Jadi, order la set nasi begitu.tambah la apa yang patut.
Macam biasa jugak ,order stim taufu. dan kali ni aku tak kira nak jugak udang butter.
Dari hari tu,asik la terliuq ,kali ni mesti.orang period mmg begitu..tamak.





Air asam boi tu mmg tempting sungguh.tengah2 panas pulak tu kan.
Udang butter tu..adus.restoran muhibah kat penchala tu pun kalah beb.
Serius terbaik lah.dalam pinggan tu ada la dalam 10-12 ekor udang yang sebesar tapak tangan eryna tu.
Asben aku mmg tak berapa favvy udang ,so, dia makan 2 ekoq..yang lain aku makan.hewhew..

Am so recommended datang makan sini.sedap sangat ni.
Harga set nasi RM 6.50 each plate.
Udang butter RM 25.
Taufu stim RM8.

Apa eryna buat ? member bengang gila sebab semua benda tak bagi dia pegang plus dia menelan ayaq liur saja.haha..kesian...


eryna muka tensen



Lepas dah settle makan ,maka misi ke giant kota damansara pulak.dah lama tak beli barang dapur.
As usual ,salin lampin eryna dulu, pastu susu kan dia.tengok macam dah ralit sangat.


am sexy lady !!!!


Selama duk p giant ni, aku tak pernah pulak masuk baby room.bersih aja.plus kami berdua saja.sempat lagi main snap pic ha.hiks..
Tapi,kegembiraan kami tak lama.sebab tetiba ada mamat ni masuk nak salin anak dia.yes,mamat ok.nasib aku menyusu pandai kaver.
Fine lah ,bapak mithali nak tukar lampin anak kan.malang nya, anak dia yang dah besar alam tu, sudah lah sibuk memekak ,pastu berry yang busuk gila.homai sangat ok.tensi aku nak menyusu nih.

Memang lah mana da berry tak busuk kan.tapi, aku ni ,mmg bawak newspaper lama dlm diapers bag tu.
So, mmg dah terbiasa ,nak buang lampin, aku bungkus dulu dalam tu. 
Takdelah bau busuk tu menusuk.
Ini ,dah lah ko main campak gitu je ,mau tak menusuk.tensi ok.
Memang aku selamba tutup hidung dgn shawl.Please la wei..pikiaq orang lain sama.takkan hidung hang tersumbat tak pun rasa wangi sangat ka berry tu.huhu.

Lepas tu,cepat2 blah & bermula lah aktiviti sopink.sampai terbongkang eryna dalam stroller.kihkih.
Pastu ,member aku tu mai giant.orang mengandung teringin nak makan bakso katanya.so,aku pass Shaklee kat situ saja.

muka sebelum tido.serius sangat lettew

eryna terbongkang & barang dapur

cakkkk...tetiba dah bangun...


Jadi,begitu lah weekend aku yang soooo panjang.haha.
Malam kemas barang, sidai baju & lipat kain, aktiviti biasa tunggu eryna tidoq dulu.
Pastu ,kui 530 pagi bangun pam susu.huhu..
Rutin mak mak sangat aku sekarang ni.but........AM HAPPY MOMMA.. +____________+



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...