Wednesday, December 12, 2012

Tarikh yang tak berapa keramat itu 1212

As salam.

Hari ni date keramat ke ? Kemain lagi kat radio suma dok citer pasal 121212. Kalau hari ni weekend,mesti majlis kawin bersusun kan. Tapi, aku bet, mesti ramai ja buat wedding hari ni. Skang ni kan nak kawin ,buat ja bila2 pun. Nak harap tunggu date yang best ka apa ka melopong la kalau tetiba dewan full booked, katering full booked. paling kesian kalau kat kampung lar, kan banyak sgt kenduri ..alih2 orang p for the sake of courtesy ja, pastu tak makan pun. dah membazir makanan..itu memang sgt kasihan.

Aku takdak la special sgt pasal date ni. tapi ,remind me of those days. Actually ,kalau member aku tak post kat fb dia pasal anniversary dia & hubby dia ..sumpah aku tak perasan pun..haha..
Sebab hari kawin dia tu lar , hari aku membuli laki aku. masa tu tak jadik laki lagi la.Minah ni set2 besfren jugak la.geng sama2 bising dlm kelas 5 S tu.abis spm ajak melepak umah. member aku bdk hostel ,duk plak kat sungai petani..so, hari last day spm tu ,aku ajak geng2 aku 8 orang mai tidoq umah.penuh woo umah aku.dah lah umat dah memang ramai..imagine ada tambahan 8 ekoq lagi..kikiki..pastu kami masak2
( mak aku la masak of cros ) sebab nak bwk p dinner last dgn cikgu2 ..best nya zaman itu...rinduuuuuuuuu...


spm 1997..klasik betul pic nih..dinner ngan cikgu2


So,berbalik kpd member ni ,masa dia kawin tu ,aku tak pikiaq pun nak balik semata2 nak p wedding dia.mcm dekat sgt lar kan KL - sg petani .tapi, aku balik sebab masa tu baru abis exam acca ,pastu malas nak msk opis.jumaat tu aku balik naik flight.hari ahad karang naik flight jugak la. memula parents aku nak ikut sekali ( kena paksa actually ) , ajak p wedding pastu nanti depa antaq p epot.



kami selepas 12 tahun spm


Sekali ,ada member ni msg kata dia pun ada kat perlis jugak.so,dia ajak join dia, nanti dia antaq p epot.Pagi tu ,aku get ready baju nak balik kl sekali senang. bwk back pack ja pun dah kata 3 hari ja pun balik. kami p konvoi ngan sorang lagi ,keynah.anak dia baru 2 masa ni.masa aku kawin ,tgh preggy no 3. tu ha, yang paling kiri pic kat atas tu. yang lawak nya aku ngan key nah ni, kami boleh chat dgn org yg sama.
Masa dulu2 ,zaman remaja tgh nak naik syeh tu kan..semua org aku rasa gila chatting.zaman tu frenster aku tak on lagi pun. aku aktif kat ym ja.sanggup tur p cc seksyen 2 shah alam ngan geng2 aku nak ber ym .tapi, masa tu aku bukan gatal nak carik bf sgt pun sebab dah ada yang steady la konon..tp,last2 tak jadik jugak..kihkih..saja ikut2 kawan, kang boring duk dlm bilik sensrg.

Pastu ,aku kenal mamat nih ,dia masa tu study kat na eh..tak ingat.aku suka chat dgn bdk2 uni saja sebab aku suka borak2 pasal kelas ,sports ,aktiviti kat kelas..boring nya bila ingat balik..macam tak fun je aku nih..so..dalam byk2 kat chat room, dia ni kepala best.pak lawak pulak tur.pastu ,kami jumpa.dia mai shah alam.aku rasa mamat ni uniten kot.
Geng aku dulu, nak jumpa member chatting ,mesti semua p. masa tu kami berempat. ada kereta naik keta, kalu tak naik bus pastu suruh org tu mai belah2 shah alam.syok ooo pikir2 balik. nanti boleh jadi kawan2.bdk skang ni aku rasa berani sgt date sorang2 dgn org tak kenai..dah la tur ,p tmpt yang sunyi..hoi..aku dulu pun bukan baik gila pun..huha huha jugak..tapi ,nak jumpa orang tak kenal ,mmg kami p ramai2.kalau tak, mmg tak jumpa lah.
Eh..dah melalut..so,mamat ni dia mai lambat sket.pastu aku suh member aku kol tanya dia sesat ka.elok member aku letak phone,dia ckp..weh, aku tnya mamat tu dia kat mana.mamat tu jwb "jap..jap tgh parking merc nih"..aku was like.ko biar betik.ni pakcik tua ka aku duk chat nih..pastu mai la mamat ni sengih2..tau merc dia tu motor kapcai dia lar.saja ler tu dia mmg sengal..kihkih..

Dipendekkan cerita, key nah ni pun chat ngan dia jugak .tapi tak pernah jumpa kot.mamat ni tanya mcm mana aku kenal keynah..sebabnya ,kan kami selalu forward2 email ,so, masa aku fwd kat dia ,ada add keynah sekali. dia familiar email keynah tu..kesimpulannya ,dunia kami ber3 ni kecik ja.eh..aku tak kapel dgn dia eh..keynah pun tak.kami jadik kawan baik sampai skang.yang lawak lagi tu,dia boleh plak kenal abg aku sebab depa sama2 geng fotografi.so, dalam fb aku tu ,mutual friend kami adalah key nah & abg aku..T___T..

Hoi..melalut sangat nih..yang wedding tu ,maka nya kami melepak sana sampai kui 4 ptg sebab nak membuang masa jugak since flite aku kui 8 malam.pastu merayau2 p bandar sp.siap beli tudung ariani kat situ tgh year end sale.
Pastu aku suh ja kwn aku antar p epot terus.kang kesian dia nk drive sensrg .boring tak boring kat epot tu lar tetiba aku tingat nak kontek laki aku.sebabnya malam tu ,abg ipar aku tak leh nak amik kat epot sbb keja malam ,pastu akak aku mmg tak berani drive malam.dia baru dpt lesen masa tu ,some more ngan anak kecik lagi. abg aku pulak ,outstation kot.kiranya ,so to happen semua org bz bee.aku plak mmg plan nak naik bus/taxi ja balik.tapi seram jugak sbb nya flite aku landed at 1030 pm gitu.

Since masa tu ,laki aku tgh mengayat aku ,so, aku mmg niat nak mengetest la jugak.kalau dia mai amik malam tu ,boleh la aku consider.eksyen sangat la ko kan..sebabnya..ada la sebabnya..yang tu ,simpan sendiri lar..so,pung pang pung pang..bila aku kata aku kat epot nak balik apa la..as expected mamat tu pun dgn bersungguh2 nak amik.bagus sgt..haha..menjadik jgk taktik aku kan.tapi,aku buat2 tarik tali.dah masa tu nk board dah..so,aku cuma tinggalkan persoalan kat dia like, nak amik,mai ler.pastu off tepon..kah kah..

Tapi,pastu dlm flight gelabah..nak balik naik taxi lar.kalu dia mai betul macam mana...apa aku nak buat eh..hoi..benci betul.dah la lamaaaaaaaaaaaaa giler tak jumpa.asal kat chat room fb tu nampak dia on9 ,aku terus off..haha..pastu dia duk msg aku,awat nmpk on9 tapi bila tegur tetiba ilang..aku kan masa tu ,bukan la benci tapi rasa annoyed sket ngan dia ni...so,mmg padan muka aku kan..orang aku annoyed tu last2 jadik laki..huwaaaa..pas dia amik malam tu ,asal weekend ajak kuaq.aku pasti lah jual mahal lagi..aku kata malas drive.dia kata takpa,dia drive..aku dera lagi ..kata takmo p jauh dari umah aku.dia kata takpe..geli pulak rasa nya kan..orang kalau dah kemaruk tu aku rasa semua pun takpa.sebab laki aku masa tu duk shah alam.so,nasib la turun kl.pastu hari2 after opis nak dinner sesama.aku cam biasa, tak koser nak lepak jauh2.dengan kuasa veto ,laki aku amik kat umah..dia dgn busuk2 sbb dari opis, tapi aku dah wangi berseri sbb dah sampai umah ,jadik tuan puteri tunggu orang mai amik.wahaha..

Begitulah serba sikit kisah 1212 aku.actually, bukannya aku ingat pun date aku & asben aku jumpa balik after some years tu, tapi yang jadik ingat tu sebab wedding kawan aku & sebab tu jugak aku terbuka hati nak jumpa face to face.padahal niat asal tu nak carik sapa yang boleh amik aku kat epot.bila aku story balik kat laki aku di sebalik nya ,laki aku kata.." tu dia..kejam nya.jadikan dia sandaran" well..nasib la kan..-__-




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...