Wednesday, November 7, 2012

Eryna dah 3 bulan hari ni

As salam.



Alhamdulillah..sudah 3 bulan cik Eryna bam bam hari ni.doa mama supaya Allah murahkan rezeki ,panjang umur & sihat sentiasa.Tidak dilupa dpt jodoh yang baik *apakah* juga kaya tapi bukan laki org..hiks..hiks..

Kejap je eh dah masuk bulan 11.Eryna pun dah makin membesar.kalu p mana2 ,org mesti ingat dia dh 5 or 6 bulan.maybe sbb dia bam bam.pastu dia jugak adalah tinggi.*itu baka abah dia*.

Ingat weekend ni nak p cek up.Nak p klinik pakar kanak2 Serena kt sg buloh.Hasil dari mengoggle,ramai suggest situ.Bukan x nak p klinik kerajaan (kk )..aku pun cek up situ.tp,tang lama tu tak sanggup lah.dah tu,kk yg aku leh p cuma kelana jaya.
Dah la nk p sana jem xhingat.even kuar awal pun jem sesgt kt LDP tu.pastu nanti jenuh que plak kan.kalu jumpa que haidar tak pe la jugak...>_<...urggghhh..tak sanggup lah.unless ada doc yg bley bgtau progress baby or aku leh tanya soklan ke, i dont mind.Tapi ni, dah tentu2 nurse je ada situ.
Jadi,sebulan sekali labur sket duit p jumpa paed apa salahnya.lagipun bukan duit aku..wakakaka.


Apa milestone Eryna ?

- Dah pandai mengekek geletis sket.tapi bukan tiap masa.kena geletek baru dia kuar bunyi.kalu tidak,dia akan sengih smpi nampak anak tekak.

- Waktu pagi adalah time ramah tamah.selain dari bangun awal ( mcm tau ja kena p skool kan ) ,time ni lah dia akan pok pek pok pek.sbb tu kalu antaq dia p umah bbsitter ,saja tunggu sat nak main2.nanti balik dah malam,cik kak nak tido pulak.

- Suka sgt kalu org cium dia.ni yang tak brp berkenan.sbb sapa2 ja gomol pipi tembam dia tu,dia suka.kalu org yang aku kenal ok lah..tp kalu strangers ? amarah jugak tapi buat buat tak marah..bkn apa,baby ni kan sensitip sket.kang anak ko batuk ka,selsema ka,tak ke berjangkit kat anak aku... *luahan perasaan nampak*.

- Dah boleh mengiring ke kiri or kanan.tapi dia lagi suka belah kiri.kalu time tido,aku suka ubah bagi hala belah lain pulak.kang teleng sebelah puloks.

- Pandai cari bunyi.kiranya,kalu org panggil dia,dia pandai la cari mana arah tu.pastu nanti sengih2..uish..rasa nak gigit gigit di situ ^_^.

- Tak suka kena tinggai sensorang.contoh : pagi2 ,after abah dia p opis,maka tinggal la kami berdua.slalu time aku nak mandi tu la member sibuk memanggil.kemain lagi bising nya.ayat feveret dia " aya aya aya ayaai"..ayat tu cuma kuar bila dia tak puas hati je.


aya ayaya aiiiiaiaa..jerit2 lagi ha time ni marah


- Suka sgt buat aktiviti "kayuh basikal".kaki tu tak bley diam..nak jadi mcm rocket man ke cik kak.

- Suka swimming.ahahah..ini dari baby lagi.time mandi adalah heaven.dia suka la kalu kita kuak lentang kan dia dlm bath tub dia tu.tergedik dgn kaki suma naik.pasni ingat nak beli vikini pastu beli kolam leh memain.

- Dah boleh pegang objek.skang ni mmg suka blanket lah.habis lencun dia isap.2,3 hari lepas start bagi teething tu.dia memula cam blur.apa ke benda alah tu.pastu,aku amik ,letak kat tangan dia,bwk ke mulut.suka la cik kak tu sbb hobi dia kan suka gigit benda.
kalu takdak blanket,hobi dia gigit tangan dia yang tembam tu.

tangan yang montok mmg sedap


Apa lagi eh..masih lagi fully bfeed.alhamdulillah.
Sukatan susu masih lagi 3 oz x 5 botol .balik umah wajib direct feed at least 2 kali before tdo.
Pastu malam pun wajib berjaga 2 kali ,antara pukul 1-2 pagi atau 4-5 pagi.waktu tdo pulak mesti paling lambat 9 malam.kalu lebih waktu,mmg tak larat dgr amukan dia.
Begitulah kisahnya Eryna...
Tunggu cek up nanti nak tau berat..konfem mmg berat >_<




And last..terimalah sup gear box cap Eryna


limited edition of Eryna



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...