Sunday, May 26, 2019

Oxfordshire , London -Part 2

Hari kedua di London. wah gitu .aduh, dok type memang dok rasa nak p lagi. walaupun ada orang cakap, takdak apa la London tu. tapi aku tetap suka. Maybe sebab kami p pun tak lama, jadi still rasa if la ada tiket murah lagi, memang sanggup aku p lagi.

Oxfordshire ( bukan oxford street  πŸ˜„)

Tujuan utama adalah nak p melawat tempat scene movie Harry Potter . haha..seriously memang itu pun. Beberapa bulan sebelum fly, kira nya once ticket flight is confirmed, aku suruh laki aku download semua HP movie and bagi Eryna tengok. so that dia ada feels la. kalau tidak ,dia dok ingat p London tu macam nak p visit Disneyland. bila ada something dia looking forward macam lagi semangat. hari-hari sampai dia dah boleh hafal which scene is which.
And kami pun pulun khatam semua chapter ,dok ulang tengok ja.





Untuk scene HP tu, bukan banyak tempat pun. ingat dak ,yang depa first belajaq nak naik penyapu ajaib tu, ha, salah satu padang college kat christ college tu la scene dia πŸ‘†. Yang tak boleh relate, sila la tengok HP part 1 okey .

And also, dewan makan depa tu, pun ada shoot from this college.
Tapi, of course la, kalau nak lagi feel ,boleh p HP studio ja. cuma sediakan duit je la.aku rasa macam tak berapa berbaloi sebab depa ni kecik lagi, kot tak appreciate pulak.

Untuk entrance ke christ college ni,aku beli tiket siap-siap kat website ni and on that day just bawak voucher ja. Ada time untuk entrance bukan boleh redah saja. Nama pun university, ada student kot.





Ok, nak p ke Oxfordshire ni ( of course la di sini jugak terletaknya Oxford university yang famous tu, and also , dekat sini ada around 20-30 colleges/university. A small town yang ada banyak universities.
Untuk ke sini, aku dah beli tiket bus siap-siap. jadi, penting untuk hampa tau apa aktiviti nak buat. takkan nak p oxford street ja hari-hari ye dak. 
Bus tu hampa boleh book kat https://www.oxfordtube.com/ . Ada semua harga situ, boleh check ikut current date .

Since kami takmau kelam kabut pagi tu & tempat pun tak berapa familiar, so after balik dari Westfield masa first day sampai tu kan, kami sempat p survey tang mana nak naik bus oxfordtube ni nanti. bila aku goggle, the nearest stop , adalah Sepherd Bush ( which is tak jauh dari tempat kami duduk ). 
Jadi, aku mesej depa tanya boleh ka if aku nak naik kat Sepherd tu, instead of Victoria station sebab macam jauh, depa kata boleh.

 Esok nya, bila nak naik bus, kami menjadi sangat pro sebab hari sebelum dah survey siap-siap. Tips :*if tak biasa dengan satu tempat , and in a rush nak catch up bus/train/flight ,if ada masa ,p la jengah tempat/station tu, terminal mana satu so that on the day itself tak kelam kabut cari arah. Masa nak p Paris naik Eurostar pun kami buat benda yang sama ( yang tu separate entry la nanti aku cerita ).

Perjalanan around 2 jam, kami sampai cun la sebab aku pilih time 1115 am untuk entrance . Bus sampai around 1030 am. round dulu bandar Oxford. comel ja and bangunan sangat cantik .Aku memang suka building yang lama ni. Nampak klasik ,in fact on the way tu amaze tengok bentuk and design rumah kat sini.

Bus ni stop tak jauh dari area christ curch tu. masa kami sampai dah agak ramai yang dok queue .Kami small group dapat masuk cepat sikit. Cuma tu la macam lost sikit la sebab tak ikut tour, ikut signboard saja.





Entrance college yang sangat comel sebab tu kami termiss the gate & kena patah balik. Dari luaq macam tak nampak university tapi masuk dalam wahhhh cantik...welcome to Hogwart !!!!




Dining hall . of course la i adalah #teamGryffindor 😎. Kena queue juga nak masuk sini. dah jalan ke depan kena terus jalan ja tak boleh nak pusing pulak. mujur time bergambaq ni, group yang ramai-ramai tu tengah khusyuk dengaq cerita tour leader kot.





Cantik college ni and memang depa keep the building as it is. cuaca pulak sejuk ngam-ngam, wah terus kita feeling jadi student kat sana, tapi versi student kertu. πŸ˜‚πŸ˜‚.

Eryna pulak, bila nampak bangunan ala-ala scene HP ,tak habis-habis la dia..mama,mama yang ni dewan makan kan. yang ni HP buat itu kan..good that she can remembered πŸ‘.
Elisya pulak as always nak berdukung takmau stroller ..sebab tu ada time bawak satu ja stroller sebab if dia takmau duduk ,eryna ja la yang duduk. Ada time ku paksa jugak. time nak tidoq dia gagah jugak la duk dalam stroller.




Aku rasa yang ni church kot,..yang pasti bukan dalam christ college tu.Jumpa building cantik ni and stop sat amik gambaq...sekejap ja kami masuk tour tu. lepas tu kami jalan-jalan area sini. syok juga sebab building lawa best nak bergambaq. tapi tu la, tak banyak pic family sebab susah nak mintak orang tolong ambikkan. end up banyak gambaq sendiri-sendiri ja. ni pun Eryna yang ambikkan. jadi la seketui.






Jalan lagi sementara tunggu next bus. tiket tu aku beli return, so murah sikit la.kids as usual free as long sit on lap. tapi bus tu takdak orang so hampa duduk la tang mana nak duduk pun kan. bukan orang marah pun.




Sempat lunch kat kiosk jual kebab- as always. aku memang sungguh tak jemu makan makanan arab/turkish/lebanese kat europe. seriously tak sama and tak jumpa yang setanding nya kat key ell ni. Makan wrap tu pun dok terasa-rasa kesedapannya. Harga dalam GBP 5 kot .kalau meal macam nasi tu around GBP 10.

Oh ya, dari sini mau nak p Bicaster village pun dekat dah. ada bus banyak tapi kami skip this time. aku takdak plan nak beli apa-apa so better tak yah p. bawak kids lagi alamat la satgi depa boring.
Aku konon berangan la nak beli elveee kat paris ..tetapi....*tunggu kesudahannya* 😝😝.







Love the city. tapi mau duduk sini mati kutu jugak la.hahahahahaha. sebab dia macam kecik comel, ada ja shopping mall macam Primark tu tapi itu ja la. memang penuh student la. book shop pun banyak.kami membeli jugak baju Oxford mana la tau kot Eryna Elisya further study kat Oxford kan πŸ˜€. Ambik berkat dulu ..hehehe. 

Around 2 pm camtu gerak balik London.Tunggu bus dekat tempat yang sama drop tadi. 
Kali ni kami request kat driver suruh drop dekat Marble Arch sebab dekat dengan Malaysia Hall and of crossss la oxford street ahaks .





Early dinner kat Malaysian Hall.
Rest sat and solat jamak dulu.
Bihun tu sedap juga. Nasi ayam so-so. teh tarik tu pun boleh la dari takdak.
Lorat sangat padahai baru sehari sampai dah sibuk nak carik nasik. dasar tekak melayu.




Tangkapan awal dekat Primark ahaks. Kasut Elisya tu terpaksa beli sebab terjatuh dalam bus masa kat Oxford tu. ha, itu petanda akan p balik kan. sebab tertinggal barang hahaha. Mujur ada size sebab primark kat Marble Arch ni kan tourist hot spot ,tak banyak sangat options ( tapi, dalam tak banyak tu, still membeli jugak kan πŸ’.




So, part 2 ni ended dekat sini sajork. sebab aku macam lupa diri seketika dekat PrimarkπŸ˜‚ pastu terpaksa heret beg kertas dia yang tiba-tiba macam nak hancur . Kami balik hotel naik bus double decker 2 tingkat. yeay. suka suka .cis, padahal sama ja pun. Hotel kami agak jauh jugak ,dalam 30 mins baru sampai. sebab aku pilih area zone 3. zone 1 central london, so zone 3 ni of course la jauh sikit. tapi aku suka sebab baru feeling p bercuti jumpa mat salleh kat hotel kan. janji easy access untuk ke town. Ada bus stop depan hotel ,so senang cuma kena make sure tau timetable. kami dah hafal la sebab ada tampal dekat bus stop.

Bus depa kan on time ,tiba-tiba dah sampai. kids syok la nak balik bilik sebab ada bath tub. Hotel ni baru operated & aku suka sebab all baru. tilam empuk ,bantal lagi la best siap takmau mangkit lagi ha *ok,over*.Bilik pun wangi sentiasa...Kalau dok air bnb kena la kemas sendiri. Tapi cons nya takdak washing machine so kena pepandai la bajet baju.


πŸ’‹


Saturday, May 25, 2019

KL -Gatwick - Part 1

Sesungguhnya, kejadian ini berlaku di bulan sept 2018.tapi hari ni sangat la merajin pulak nak melayan blog. jadi, sementara menunggu waktu berbuka ( eh, baru pukul 8 am kot 😁).sementara urat masih berupaya mengingati segala kejadian yang dah nak dekat setahun lamanya .


KUL - Dubai - Gatwick.

Flight ke London ,kami naik Emirates. This was our second time flew with them. So, dah boleh imagine lah airport Dubai camna. yang penting stroller kena bawak naik supaya tak perlu la kids nak berjalan.jauh kot & sangat penting supaya mood ibu-bapa terpelihara πŸ˜‚ *tips : pilih stroller yang boleh fold as cabin luggage. kami beli cap ayam ja ( jenama baby throne -*china mari* tapi design sebijik yoyo. seriously ,kat epot kan,masa check in, crew approach camni * puan, ini yoyo kan. ok, boleh bawak as cabin luggage*..tak sempat aku nak jawab tau.jadi ,kalau budget below RM 300 sila dapatkan baby throne yang superb ni. dah jelajah  banyak negara and masih bertahan. Eryna punya version lama. Elisya new version ).


Ni stroller yang dah banyak berjasa tu. Kami ada gak brand Halford tapi sebab jenis payung leceh, sebab tu pilih yang ni. yang penting kukuh.


Ok, back to the main topic. untuk flight kami memang planned nak transit. tak boleh imagine bawak baby direct flight 14 jam.pitam.naik 6 jam transit and sambung lagi 6 jam pun dah rasa phewwww... nanti kita cerita separate entry bawak toddler (read: Elisya) naik flight okie πŸ˜‚πŸ˜‚. And lagi satu sebab time tu, Emirates tengah promo. Jadi, mari lah kita beli tiket Emirates. Naik airbus pulak tu kan.





Flight on time, depart from KLIA pukul 2 pagi, transit dubai 3 jam, and sampai around 1230 pm ( london time ) as scheduled. Tips *pilih flight malam ,waktu tidur anak supaya depa dapat maksimum waktu tidoq and happy bila bangun. Elisya tidoq dari KL sampai la Dubai. Tapi lepas tu dia berkuntau la time transit Dubai sebab time tu dah pukul 8 pagi waktu Malaysia kan. And ambik la transit yang pendek supaya depa tak bosan. 3 hours are just good enough before next flight*


Kami turun di Gatwick ,which is a bonus. sebab , Gatwick kecik. Bila airport kecik, less hassle and queue pun tak panjang. Untuk non-EU macam kita ni,kena isi arrival card. walaupun ramai complaint *baca kat FB* kata leceh sebab setiap orang kena isi sorang satu-if ada 10 anak, kena la isi 10 card ,tapi aku ok je kot. takdak masalah. Lagipun queue non-EU ni lagi cepat dari EU tau. In fact, dari kami turun flight, queue imigresen , ambik baggage semua less than hour. taxi siap dah call kot sebab dia sampai sharp 1230 pm. Pastu, luggage kami tak kena check pun, rileks ja lambai-lambai officer *ok, mitos * πŸ˜†.

Jadi, bila dah sampai tu, sebelum excited nak jelajah tempat orang, sila beli Oyster card dulu ye. Kat Gatwick ni, depa juai kat level 2 . Yang aku ingat la, after kuar imigresen , akan nampak Mark & Spencer ( bukan M&S juai baju macam kat sini ok. kat europe ni M&S depa ada chain juai foods ). Kalau hampa book taxi, tunggu la kat sini sebab nanti ada la taxi bawak card nama nak locate. Ok, dah nampak M&S ni, jalan sikit, pastu naik lift ke level 2. nanti ada la nampak kedai juai. Actually boleh juga beli kat mana-mana pun banyak tapi untuk orang yang ada anak ni, toksah la buat last minute. Ada masa, beli ja. sebab taxi aku booked tu, disebabkan dia sampai awai sangat, dia p mana entah and dia suruh aku call bila dah ready. so, to kill the time, kami p la beli Oyster card and p toilet dulu.



Taxi aku booked awal kat malaysia dengan company simply airport . Harga GBP 69 ,perjalanan dalam 1 jam 30 mins dari Gatwick ke hotel Premier Inn Chiswick (nanti review kalau ingat +rajin).
Price wise kira ok la untuk kami berempat. takleh imagine nak kena naik turun train dengan bag besaq 3 bijik, stroller 2 bijik, hand carry lagi.so, better naik taxi. 
Nak naik train pun boleh, ada banyak express train, boleh jimat cost lagi kot. Tapi, aku dah calculate, ada options untuk naik bus lepas tu tukaq train , total ticket dalam GBP 30 kot ,setakat jimat 30+ camtu, takpa la *jangan convert* . dah la baru sampai, better naik taxi ,nanti hari lain dah confirm akan naik bus & train ,so takyah nak syok sangat ok.


Si driver ni pulak bawak mpv besaq gila ,macam vellfire tu.padahal berapa ketui ja kami. pastu dia macam nak paksa suruh guna car seat padahal elisya takmau duduk pun.
Kat sana punya rule, memang wajib guna car seat, tapi, if kita naik taxi, dikecualikan, means tak wajib pun. Ada options dah mentioned kat booking rules tu,.
So,bila mamat tu start hint2 nak charge tu,eh takleh jadi ni. Aku macam hangin je, tapi ku tahan kan la *sebab dia adalah awang hitam yang badan besaq and cakap ala-ala rappers* cuma aku dah get ready draft e-mail nak lodge complaint if true dia insist us to pay juga. *don't mess with asian mom*.

Sampai kat hotel ,aku buat blur bagi dia GBP 70 ngam-ngam 😜, pastu buat-buat tanya "i am sorry sir, what was the charge again" ,pastu dia bengang and terus berlalu dengan menghempas pintu mpv. Tips*pastikan semua baggage dah dikeluarkan and anak-anak semua sudah elok tersusun supaya takdak adegan menghempas luggage atau apa-apa yang berkenaan*.




Since kami adalah jakun tak sabaq nak jelajah the city, so,after check in kami terus sibuk keluaq menuju ke Westfield. The nearest shopping mall and time masa ni dah almost 4 pm. takleh nak p jauh sangat takut kids ngantuk. harus bersedia untuk the next day.*yes, aku pakai the same sweat shirt sebab nak bagi bau malaysia πŸ˜†*

Ok, baru satu entry ,bertabah la ye. semoga terus merajin nak sambung lagi πŸ˜‰.


πŸ’‹

Tuesday, September 18, 2018

London & Paris holiday 2018

As salam.

Kita teaser dulu lah ye...harapnya roh rajin menulis kembali πŸ˜„.
Alhamdulillah, percutian yang di rancang sejak sekian lama..dari list bermacam negara, Allah aturkan kami bercuti ke london & paris..perancangan Dia jua yang terbaik .

London & Paris 06 Sept - 13 Sept 2018.singkat masa tapi amat bermakna..




Shot wajib every traveler 😁



Christ church college, Oxfordshire


London Eye


Tower of London



Mousse de Lourve


Nanti la kita sambung tulis lagi..baru masuk office after one week plus cuti..lemau nya jangan cerita la..

xoxo,
πŸ’‹

Monday, September 3, 2018

Happy sixth birthday Eryna 07082018

As salam.

0708..happy birthday kakak eryna yang ke enam.
Busy sangat mak hang ni sampai terlupa nak update.

Anyway, you are six on this day, time do flies sooooo fast,rasa macam semalam ja bersalinkan kakak.
Doa kami, semoga kakak membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah, dipermudahkan hidup mu dunia akhirat, terang hatimu dalam pelajaran dan berjaya ,dipanjangkan umur mu,dijauhkan dari penyakit berbahaya .. di pertemukan dengan sahabat ,guru dan orang sekeliling yang baik-baik..dipermudahkan jodoh mu dengan lelaki yang beriman ,baik akhlak nya, berpendidikan, hormat orang, ada kerjaya, hensem bergaya kahkah( gitew mak hang wish no..siap jodoh teruih 😁😁 )..insya allah semua doa yang terbaik untuk mu kakak.






Dengan bestfriend kat sekolah..semoga relationship berkekalan..gaduh and baik balik tu normal..cuma mama harap kawan elok-elok jangan back stabbed kawan ( or vice versa )..mama pun tak ramai kawan yang betul rapat..till the end, mama have cik aimy as my bff..that is more than enough than having many friend yang not appreciate you,talked bad behind your back..so mama doa kakak sentiasa dikelilingi kawan yang terbaik untuk support kakak di waktu susah senang..sebab zaman nak masuk remaja nanti,i know,u will rely more on friends ( even mama hoping mama akan jadi bestfriend kakak,tapi i dont deny the fact that a friend will also be part of your growing phase )..apa-apa pun i am always here for you 😘😘.





Tahun ni kakak nak kek princess. tetiba dah tak mau kartun character..dah remaja la tu konon.
walaupun selalu kena marah ,tapi kakak ni memang hati lembut.kuat merajuk, sentap ..pagi-pagi moody tapi emosi boleh bertukar dalam seminit ja kalau pandai tackle dia ( sebijik abah hang yang ni πŸ˜„ )...

Kakak minat sangat math ..now, dah makin good in english..tapi slang ala-ala budak youtuber la pulak muahahahaha...kuat berangan pun ya jugak..
Sayangggg sangat dengan adik elisya dia tu..ni pun mama doa hampa dua lovey dovey sampai bila-bila.dengan adik beradik hidup kena saling sayang menyayang sebab at the end ,only family will stay with us no matter what 😍..






Pic tak relate dengan birthday tapi sebab mama suka giller pic ni,so,letak jugak sekali..luv u both 😍😘

xoxo.

πŸ’‹

Tuesday, July 17, 2018

Raya 2018

As salam.

Ya allah, raya dah habis kan.entry puasa pun takdak,tiba-tiba raya.
Nampak sangat tak merajin sangat blog.tapi,tetap nak maintain blog ni sebab nanti kalau tetiba nak tengok cerita 10 tahun lepas,atau 20 tahun lepas ( bila dah tua πŸ˜… ),ada la jugak kenangan sikit-sikit.




Kali ni turn raya rumah mak ayah kita.confirm la best sebab meriah u olls.kalau umah mentua agak sunyi sepi sikit sebab depa geng laki tapi jenis senyap.petang tu baru singgah beraya kat rumah mentua yang jarak tu dalam 20 mins ja kot ( kelajuan dalam 60/80 km per jam -betapa nak habaq yang jarak tu dekat sangat la πŸ˜„.ibarat dari ikea nak p ke paradigm KJ kot 😜.



Adik beradik pompuan .yang baju hijau tu kakak ipaq kita yang pro lofa ( maksudnya dia bukan #teamfazura ).





Dua ketui ni yang geram amat.tiap-tiap tahun harus la drama nak bergambaq.time ni eryna baru settle menangis ( orang perlis kata keriau ) sebab dia nak tolong bagi duit raya tapi abah dia p bagi pulak.so,dia adalah sentap lalu terus berjejeran ayaq mata.

Elisya pulak time ni adalah nak susu.dia ni adalah satu ketagihan susu mak dia.kisahnya baju raya mak dia tak dan nak ootd full,semua pic duduk sebab depa punya pasal 😞.




Beraya dengan kawan sekolah masa form 4-form 5. kita dulu sekolah perempuan semua.mujuq la tak berapa kejutan budaya bila p universiti sebab bercampuq dengan budak laki πŸ˜„πŸ˜„..lagipun kita dah biasa p tuisyen mix friends dengan boys,so kita tak kisah.lagipun boys tak ngorat kita pun wak.takdak la kita nak feeling cantik ke apa πŸ˜†.





Ni masa raya open house kat kindy.bebudak ni sakan sungguh beraya habis lencun hitam baju sebab depa main kat taman.makanan buat pot luck punya la banyak.kami bawak teh tarik order kat mamak subaidah sedapnya lahai.paling lama beraya kat sini dari pukul 10 am sampai nak masuk pukul 1 pm.seronok jumpa parents lain.selalu sembang dalam grup wasap ja.





Bestfriend eryna kat sekolah.and kawan suka berkelai jugak.pandai-pandai la hampa settle sesama sendiri.memasing mendiva ja pandai .elisya jugak yang berdikari buat hal sendiri tau.





Tahun ni elisya kan dah pandai jalan.cepat betul masa berlalu.tahun lepas beraya dia baru masuk 3 bulan.tahun ni dah berjalan berlari dah.penat den ligan.habis hilang keayuan mak hang πŸ˜€.tapi,takpa,mak dah terima hakikat yang posing harus diteruskan walaupun anak-anak takmau posing.

Itu je la cerita raya 2018.
Semoga berjumpa lagi di syawal tahun hadapan.Ameen.

πŸ’‹

Wednesday, June 6, 2018

Eryna first time puasa at 6 years

As salam.

Untuk rekod.tak sangka kakak eryna dapat puasa penuh 😍😍.
Actually, tahun ni tak dak lagi planned nak suruh dia posa atau even shared about posa to her ( apa la punya mak πŸ˜“ )..so our first sahur tu just pass like that..only two of us as usual..lepas tu,masa tengah kerja,cikgu wasap bagitau " farah puasa ye hari ni,dia tak makan sejak datang tadi" - kat sekolah teachers semua panggil farah..lepas tu, i bagitau cikgu, yang dia tak sahur.tapi she did eat roti telur sebelum p sekolah tu.

Time pick up nampak muka dah lemau je.cikgu pujuk jugak suruh bertahan.maklum la time tu dah pukul 5 pm.bukan lama sangat pun nak tunggu pukul 720 pm ( eh lama la jugak kan 😝)..
Tapi,masuk kereta ja,terus zass cakap dahaga la ,lapaq la..so,balik tu dah bukak puasa.
Second day pulak,nampak kuih dalam keta,dia bedal terus.
Hari ketiga, pun sama buat perangai nak makan time tu jugak.so,masa tu hujan lebat,sebab dia kalut sangat cakap lapaq,mama drive thru kfc and dia minum milo dulu.






Then,masuk hari ke empat kot,cikgu pujuk suruh habiskan and cakap kawan dia pun puasa penuh.
Balik rumah, dia merengek gak nak air.tapi, mama kan bijak sikit 😎,so rasuah dengan phone  
( sebab phone cuma allowed on weekend ) #badparenting .then,boleh pulak dia puasa sampai habis .
After that day tu,memang senang la.Surprisingly eryna boleh puasa straight. dia takat nak minum ja pun.selalu tu,kalau malas sangat nak layan rengekan dia tu,i terus ja cakap "ok,p la bukak kakak.ada ayaq dalam fridge .tepon bak balik πŸ˜…"..dan dan tu la pulak " takpa la mama,kakak rasa macam ok pulak "..nampak dak permainan dia kat situ.

Cikgu pun cakap yang kakak ni walaupun posa tapi aktif.depa yang risau kot satgi lapaq/dahaga.and cikgu puji gak cakap, dia takde pun sebut pasal nak air ke apa ke.cuma cikgu la sometimes akan p tanya kat budak2 if depa rasa pening ke apa ke, kot satgi pengsan pulak.

Tapi,tu la puasa cuma hari sekolah ja.weekend dia tak posa sebab dia kata boring πŸ˜ͺ.
Sahur kadang makan roti telur ,kadang tu cereals and susu. itu je pun.tak tau la mana datang kekuatan dia puasa sampai habis.balik rumah pun dok berkuntau lagi dengan adik.kira nya kalau tengok dia terpeleot lapaq tu,memang nak kesian la suruh berbuka ja,tapi tengok cargas ja,so habiskan je la.

Apa-apa pun,mama salute kat kakak sebab maintain posa and energetic.rasa nya mama kecik dulu pun tak macam ni.silap-silap umuq 10 tahun baru puasa penuh 😝😝..




Reward awal,bawak main kat blokke.ni pun sebab blokke renovate and open new playground.
Ada pakej , set bukak puasa , RM50 untuk 2 orang dapat free entrance ( which is ok la sebab entrance tu harga RM30 ). Elisya kena bayaq RM10 sebab baby -if baby yang belum boleh jalan, depa bagi free entrance.




Seronok la tu.siap dok sebut banyak kali .."seronok sangat hari ni mama.."poyo tak ayat kalau nak beli jiwa tu.dah la dari pagi dah dok berzikir " bila la kita nak p blokke ni mama,.kakak dah tak sabar ni"..ish ayat nye kan.saja je bikin panas.




Kakak punya spageti bolognease for kids.makan,pastu lari masuk balik.
Best kat sini sebab ada cafe sekali so budak main kita minum kat luaq.and konsep dia guna lego blok tu.beza la dari play land yang sedia ada.
Dulu,blokke ni kecik je.cuma ada limited space.tapi now,they are expanding.i think after one year plus operations.that must be a success business kan.
And i suka sebab food dia dah banyak pilihan.dulu tu,limited tu cakes and coffee.
Now,depa punya menu variety sangat..i likeyyyy..pasni boleh la ajak kengkawan melepak sini je.senang mak pak nak sembang while kids berkubang kat dalam tu.






Adik pun sibuk main.tapi penakut sikit dia ni.yang ada kuda mainan tu dia cuak tengok.lari terus nampak benda tu.hihihihi.
Saja test dia main slides ,mula tu dia excited ,tapi after second slides tu ( maybe tinggi sikit ) terus pucat muka 😬.




Kami pilih set dulang timur. RM 50 for 2 pax.ada set western tapi sebab a day before dah makan western ,amik la menu melayu. rasa pun sedap.kira nya tak rugi la pilih set ni.the way they arranged the tables and crowd pun tak serabut.by buka puasa semua dah ready atas table.and surau pun tak jauh.i memang suka citta mall ni,although dia macam mall tak glamour ( banyak cafe/restaurants je ) tapi i suka sebab dia privacy.one of our favorite place for dining pun..now plus point sebab ada playhouse for kids pulak.

Selamat berpuasa and soon next week Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.takdak post pasal buka puasa sebab tahun ni semua lauk berbuka kita beli.yang masak cuma nasik je.and telur goreng untuk eryna πŸ˜‚πŸ˜‚..Selamat pulang ke kampung.kami balik hari isnin malam..yabeda beduuuuu...


πŸ’‹.

Monday, May 21, 2018

Elisya is one year old 14.04.2018

As salam.

Backdated entry.

Elisya is one year ..alhamdulillah...14042017.dah pandai jalan.mulut pun pot pet.kuat makan tapi berat maintain je.paed kata elisya ni jenis baby yang tak naik badan.walaupun makan banyak and minum susu. And mama masih gigih breast feeding.chaiyok..dah tak lama.2 tahun jer pun...





On 14.4.2018, you were already a 5km finisher.hebat sangat. hehehe.
Actually tak planned nak lari pun.sebab a day before, elisya jatuh katil and lebam.siap rush p emergency punya cuak sebab dia muntah.tapi alhamdulilah after few hours monitor takde apa-apa..so,the next day ,saturday kita join fun run...






Check in at Citadines .one,sebab dekat dengan tempat nak marathon,kat MMU.second sebab birthday elisya. Quite ok la the hotel.easy access to the mall.



And then, we celebrated at school. maklum la kakak eryna dulu, birthday sampai 2,3 kali sambut kan.so, adik pun kena la sama.




Ordered some foods for her birthday.




No cake,only brownies.tapi birthday girl tak makan.mama takut sugar hyper satgi.dah la memang aktif pening cikgu nak kejar.orang baru dapat kaki kan 😎.




Haritu order brownies, cream puff, pulut kuning,rendang ayam dengan bihun goreng. nasi impit tu kebetulan ada sepeket so rebus bagi sekali.semua pun birthday girl tak makan 😁.mama syok sendiri ordered ikut selera hihihi..Elisya masih setia makan baby food..




The kids at school.



Us, with no perfect picture.as always..it's ok.the most important we stay together insya allah.
Mama doa kan Elisya membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan terang hati dalam pelajaran.

πŸ’‹.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...